Langkau ke kandungan utama

Trip Ke Terengganu Last Day

Macam hari terakhir aku jugak di Kuala Terengganu. Hapdet ni pun mcm nak tak nak aje. Kalau boleh nak terus sambung cuti...


Realitinya, kena balik jugak. Kena teruskan kerja. Kalau kau jutawan boleh le cuti sepanjang tahun.

Macam aku cerita di entri sebelum ni aku tunggu menu Nasi Dagang Atas Tol kuar kat Foodpanda pagi tu. Mula tu ada kejap, katanya 9.30 pagi. Menjelang 9.30 pagi dah takde pulak.

Aku pun apa lagi bungkus lah cepat2 apa yg patut. Lagi aku lepak lama2 dalam bilik hotel lagi malas aku nak bergerak ke epot.

Alhamdulillah. I'm lucky to be able to travel during this pandemic. Tiap-tiap malam sblm tidur atau sedang cuba nak tidur aku sentiasa ingatkan hal ni. Mungkin bagi orang lain mcm alah setakat Kuala Terengganu, whats the big deal kan?

It was a big deal to me.

Semuanya memerlukan perancangan yg teliti. Aku research dan kalau tak sebab tarikan2 tertentu aku mmg tak atur trip ni langsung.

Itu satu hal. Satu lagi travel during Covid19.

Ikutkan hati mmg nak batalkan perjalanan ni. Siapa yg tak susah hati. Kanan kiri kau mana tau siapa yg menjadi pembawa? Mana lagi dengan suasana pilihan raya. 

I took the risk and do it anyway.

Seingat aku ini kali kedua aku keluar Sabah waktu pilihan raya. Sebelum ini ketika pertama kali ke Kuching.


Paling menarik, perjalanan pegi dan balik aku dpt seat yg takde org duduk sebelah atau sebaris dengan aku.

Prosidur masuk ke perut kapal terbang pun dah bertukar sedikit.

Lazimnya pemegangn tiket Hot Seat yg akan masuk dulu. Kali ni penumpang yg duduk di bhg belakang dulu yg masuk (Zon 2) diikuti yg duduk tengah (Zon 3) dan akhir sekali HOT SEATS.

Utk travel kali ni aku beli HOT SEAT.

Bila dah selamat mendarat SOP utk keluar dari perut kapal terbang pun ada lain sikit.

Bagi mengelak penumpang berdiri dan berkerumun, semua diminta duduk walaupun kapal terbang sudah berhenti bergerak.

Penumpang di tempat duduk paling depan akan keluar dulu. Tiga baris satu2 waktu dengan sela masa 30 saat sebelum tiga baris lagi dibenarkan berdiri dan mengambil barang masing2.

Agak lambat tapi aku rasa ni yg berdisiplin lah dlm mana2 penerbangan AirAsia yg aku naiki.

Kalau diteruskan pun lagi baik.

Masa transit di KLIA2 rasa berdebar tu ada jga bila lagi nampak yg baru sampai dari KK diarahkan utk buat swab test dan kuarantin diri.

Masam je semua muka.

Ulang2 pengumuman dibuat berkenaan penumpang yg baru tiba dari KK. Setiap kali tu jugak lah aku merenyeh.

Syukur sesampai aku di KKIA aku tidak perlu menjalani swab test. Selepas disaring dengan soalan2 mudah aku terus diarahkan utk ke bhgian Imigresen.


Selepas bbrp hari kerja pun ada juga org masih bertanya aku masih dalam kuarantin ka.

Bila masa pulak aku dlm kuarantin kan? Ada salah faham di situ. Yg wajib swab test dan kuarantin adalah yg baru tiba DARI Sabah bermula 27hb Sept hingga 10 Okt 2020. Tak kisahlah kau asal mana asal kau BARU TIBA DARI SABAH.

Aku fly ke Kuala Terengganu pada 26hb Sept. Sehari lebih awal dari arahan yg dibuat oleh KKM.

Bayangkan kalau tarikh yg aku telah pilih dalam Januari atau Februari 2020 ni satu hari je pun terlambat? Mesti kucar kacir kan trip aku? Tapi itu tak terjadi pun. Dan itu sebab aku sangat2 bersyukur.

Sehingga di destinasi berikutnya... Jumpa lagi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...