Langkau ke kandungan utama

Trip ke Terengganu Day 4

Tersadai pulak catatan belog aku ni.

Plan asal nak tulis secepat mungkin, sementara ingatan masih segar. Tangguh2, sudahnya tak terbuat dan banyak benda yg terlupa.

Aku sebenarnya beri laluan kepada pembikinan video trip dulu. Bila dah siap satu video, mungkin satu je kut, baru aku rasa trip tu COMPLETED. Maklum sajalah dah berbulan-bulan tak bikin video kan?

Ni berjaya publish satu sudah cukup utk jadi bekalan hingga destinasi seterusnya...

Uish dah ada destinasi seterusnya ker? 

I have one in mind. Cuma tak finalize kan lagi. Baru nak survey2 lah gitu kekdahnya. 

Jom kita masuk ke cerita utama.

Hari ke 4 aku di Kuala Terengganu bermula seperti biasa. Bangun awal dan rutin biasa layan streaming.

Ada juga teringin nak keluar jenguk makam diraja Klebang dekat kampung Cina tapi aku malas.

Lagilah nak heret diri pergi makan Nasi Dagang Atas Tol di Kampung Losong.

Pergi? Tak nak pergi?

Aku tetapkan hati utk fokus perjalanan hari tu ke Kuala Ibai nengok Masjid Terapung.

Masih gunakan perkhidmatan bas KiTE. Kali ni utk pergi dan balik.


Aku tak banyak bergerak sangat pun sebab satu ni je tempatnya.

Cari port nak terbangkan dron, nengok2 ole2 yg boleh dibeli aku pun duduk tunggu bas.

Sesambil tunggu bas aku sempat jgklah buat timelapse sejemput. Ada aku sisipkan sekali dalam video trip aku ke Terenganu.

Wish I can stay a bit longer.

Dlm 11.15 gitu bas dah sampai. Lebih awal dari yg dijadualkan. Tak kisalah kan. Lompat je lah masuk dan balik.

Bila dah sampai perhentian bas MBKT tu aku semak google map kalau sempat lagi boleh singgah Fauzi Nasi Kerabu.

Waktu tu roughly nak pukul 12 dah. Kedai nasi kerabu tu pulak mcm nak tutup pukul 1 nanti.

Pikir2, baik aku pesan melalui foodpanda jelah.

Ha ni dia... menyempat jugak aku rasa.

Cuma Nasi Dagang Atas Tol tu melepas lah. Esok sblm berangkat ke Epot aku tunggu menu dia kuar di foodpanda tapi takde.

Tak dapatlah aku merasa Nasi Dagang Atas Tol tuh. Alah lain kali jelah yer. Bukan fokus utama pun.

Petangnya aku buat penerbangan terakhir di Kuala Terengganu. Macam biasa port aku di Dataran Syahbandar. Shot dron terakhir tu yg aku gunakan sebagai pembukaan di awal video.


Opening video aku shoot masa berbaris nak naik ke galeri menara jambatan angkat tu. Ikutkan ada byk lagi aku shoot belah darat tapi rasanya itu je yg boleh dimuatkan utk video tu.

Tak nak banyak sangat nanti nampak sarat video tu.

Apa pun berpuas hati dengan hasil kerja aku meskipun masa tu cuaca macam tak menyebelahi aku.

Godek2 sikit yg muram pun jadi menyerlah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...