Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Penting!

Hamboi, cepat je nak hapdet kan? Ginilah kaedahnya. Bila ada org tmpt kerja kau yg kau tak suka ambil keputusan tinggalkan kampeni. Rasa macam... tahun baru lembaran baru wey! Lega sangat-sangat. Setahun pendam perasaan benci tu kan. Fuh, lega yg teramat. Begitupun aku nebes juga dgn masa depan nanti ni. Baru-baru ni nampak ada org buat tiktok pasal hotel kami ni. Aku tahulah siapa tu. Masa dia buat video aku tengah bertugas. Video dia tu bukan main lagi mcm ada paranormal la sangat. Padahal takde apa pun. Baca respon di bawah mcm2 ada... Ada siap mengaku lagi pekerja di sana. Takde kami pekerja nama Siti tau! Dan banyak juga luahan berasa sedih sebab hotel dah tak beroperasi. Kalau korang sedih. Aku lagi sedih. Periuk nasi aku ni wey. Dengan berambusnya si melaun ni. Masa bekerja mungkin akan bertambah. Tak tahu lagi akan ada pengganti atau tidak. Selama ni mmg kerja semua aku buat pun. Jadi aku tak terasa terbeban sangat. Masa bekerja tu jelah yg aku resah gelisah. Takde org nak gant...

Dua Puluh Dua Puluh

Hujan akhirnya berhenti. Jariku mula gatal mahu mengetuk-getuk papan kekunci. Ku jenguk di luar. Langit masih murung. Hati terdorong utk mengarang. Aku kira semua mengalami episod gelap sepanjang tahun 2020. Tahun yg kononnya Malaysia diwawasankan bakal menjadi negara maju. Teringat aku masa sekolah dulu, naif serta malas ambil tahu hal ehwal dunia dimomok dengan gagasan Chedet: WAWASAN 2020. Siapa tahu kenapa tahun 2020 di pilih, tanya cikgu diperhimpunan. Aku yg cuba hadir di ketika, menelinga penjelasan. Lain kali kalau cikgu lain tanya aku dah ada jawapan. Yakin. Habis sekolah, masuk matrikulasi dan keluar universiti, apa perincian wawasan pun aku tak pernah cuba ingat. Agaknya aku tahu secara buta tapi seakan mengerti bahawa Wawasan tu tak mungkin tercapai atau sekurang-kurangnya pada tahun yg dipilih. Dalam akal fikiran aku hanya ada bbrpa perkara yg aku tidak bicarakan dengan sesiapa. Betapa dalamnya lubuk hati aku ini tidak ada siapa boleh mengakalinya... Chewah!  Sesekali ...

Syurga Yang Dirindukan

Sedar tak sedar dah lama kita tinggalkan zaman PKP, ABC segala tu. Skrg dah boleh ke mana-mana tanpa pemakaian pelitup muka. Namun cabaran selepas PKP, jauh lebih rumit. Ada yg bangkit terus mara, maju ke hadapan. Namun ada yg tersungkur terus tidak menampakkan diri. Aku ingat bila hotel tempat aku bekerja ni beroperasi semula, bolehlah aku kongsikan kisah sulit sebagai pekerja hotel sepanjang PKP.  Otak ligat merencana, membuat rangka kasar, meskipun liat mengarang. Rancangan tinggal rancangan.  Apabila surat pembatalan terminat kad kredit hotel sampai, barulah aku sedar dari dodoian sendiri. Aku sememangnya tahu, malah menyedari, pemilik hotel sepanjang tahun ini, berusaha mencari penyewa bagi membuka semula hotel. Bakal penyewa, satu demi satu datang... sendiri, berkumpulan, orang tempatan, orang luar... bermacam ragam dengan niat masing2 utk memajukan hotel ini. Dengan ejen segala ejen, 2022 belum membuka jalan untuk hotel buka semula. Dalam hati berbisik, lambat laun pemi...

Harap Maklum

Postingan ni aku cedok dari pesbuk, dari dinding seorang sahabat. Sebenarnya takde la isu besar sangat tapi membuatkan aku berdialog dengan diri sendiri. Memaksa aku utk melihat diri sendiri dan org sekeliling.  Bermuhasabah. Rasanya dah lama aku perhatikan. Bukan sehari dua, bertahun-tahun dah pun. Dengan data yg begitu banyak, malah menimbun, sudah lebih dari cukup untuk membuat kesimpulan kasar. Namun aku tetap utk memilih lebih positif.  Give them the benefit of doubt , org putih kata. Sudahnya, kita tinggal makan habuk. Apa saja yg aku letak di luar adalah dalam bentuk perkongsian. Perkongsian begini, sepatutnya mendapat reaksi tertentu. Kalau SEEN/VIEWS itu dianggap reaksi sudah tentulah banyak. Tapi yg memberi reaksi sebenarnya hanya segelintir. Sebut segelintir sebab reaksi tu dari org yg sama juga. Yg lain-lain tidak anggap perkongsian aku itu berguna kah? Ini mungkin sekadar contoh jelah apa yg hari-hari aku lalui. Kekadang aku lihat tu kat TikTok peluang utk mendapa...

Empat Puluh Empat

Tahun silih berganti. Seperti biasa usia pun bertambah. Pada usia 44 aku masih gagau memahami untuk apa ulangtahun diraikan. Pertamanya, aku tak ingat apa-apa pun yang terjadi pada tarikh itu kecuali ia direkodkan sebagai hari kelahiran aku. Kedua, sambutan  harijadi bukan amalan keluarga aku. Tak pernah sambut pun sejak dari kecil. Jujur aku katakan, budaya tiup lilin dan potong kek itu amat asing. Hanya dilihat di kaca tv. Kek harijadi pertama aku pun kawan-kawan bagi diawal 20an. Itu pun dikongsi dengan kawan yang lahir pada bulan yang sama! Tiap tahun juga aku berharap agar orang tak ingat tarikh lahir aku. Canggung rasanya kita nak balas ucapan yang kita sendiri pun tak begitu peduli. Dengan dunia medsos ni, kewujudan aplikasi serupa REMINDER mmg akan ada la seorang dua terlepas MENGIRIMKAN UCAPAN.  Yalah, balas dengan Terima Kasih. Atau kalau itu semacam doa, kita aminkan saja. Ada ketika kawan-kawan akan buat kejutan. Ini yang rasa tak selesa kekadang. Tapi rasa tak man...

Blues di PBKL2022

Aku ingat di PBKL2022 ni saja utk cuci2 mata. Takde la niat nak memborong buku atau apa pun. Sehinggalah aku ternampak buku ni kat rak. Terus teringat kat Buha yg setahu aku minat karya kartunis AIE (arwah). Dah minat kan belum lagi kita habis nak cakap dah respon. Bila cik Buha bagi green light utk belikan satu dan tanya ada tak lagi koleksi yg lain. Laju lah mulutku bertanya masa bayar di kaunter. Brother di kaunter tu cakap, akan umum di pesbuk dalam masa terdekat. Ada satu koleksi yg on the way printing . Jadi selama aku di KL, hari-hari la aku menapak di World Trade Centre. Hari terakhir aku di sana koleksi yg dimaksudkan dah terletak di rak... Aku apa lagi rembat lah terus. Teruja mengalahkan orang yg mengirim ha aku pun. Hepi kut sbb ada jgk SESUATU yg aku boleh bawak balik nanti. Jalan balik lepas beli tu pun macam ada ekstra spring je. Org yg selisih tgk aku pun lain macam. Hensem tak? Memandangkan aku beli 3 copy aku dapat free mug. Alhamdulillah. Ektra copy dan mug aku hadia...

PBKL2022

Kota Bharu BUKAN destinasi pertama aku tahun ni. Asalnya mmg nak ke Kota Bharu dulu bila semua SOP dah dilonggarkan. Atas sebab satu tempat yg aku nak pergi di sana baru dibuka untuk umum jadi aku tundakan dulu. Masjid Kampung Laut yg diangkat sebagai masjid tertua di Malaysia sebelum ini ditempatkan sementara di Nilam Puri. Pada Jun lepas, baru dipindahkan semula ke tapak asal yg telah dinaiktaraf sebagai Laman Seni Warisan. Sementara menunggu masa yg sesuai untuk Laman Seni Warisan beroperasi sepenuhnya aku pilih utk pergi ke EVENT yg berlangsung dlm tempoh lebih kurang sebulan lagi masa tu: PESTA BUKU KUALA LUMPUR 2022 @ PBKL2022 Dari tunggu nak ke Kota Bharu... dapat jugak aku fly somewhere . Gian sangat dah nak terbang... Bayangkanlah setahun tak lebih tak ke mana2. Kali terakhir terbang dengan AA adalah ke Kuala Terengganu. Ronda-ronda sekejap tak sangka plak boleh terserempak dengan Lie & Eja. Bergambarlah kami sekeping dua. Ingat dulu2 Lie dan aku pernah satu rombongan buat...

Ke Kota Bharu

Trip yg dirancang Mac 2021, sebagai kesinambungan dari trip Kuala Terengganu, akhirnya berjaya dilaksanakan meskipun tertunda ke Ogos 2022. Malam sebelum terbang ke Kota Bharu tu macam payah betul nak lelap. Aku rasa macam lebih kurang sejam gitu ja aku tidur. Bila sampai aku macam pening-pening lalat sikit. Begitupun aku tetap gigih menapak ke beberapa tempat sebelum ambil keputusan untuk tidur saja dulu. Sebelum qada' tidur, kawan satu Inapsis masa ngaji di UUM dulu kontek. Dia dapat tahu aku di Kota Bharu dan ajak jumpa. Ingat dia nak jumpa malam tu, tapi aku rasa baik besok sajalah sbb nak tidur awal.  Selesai mengopi di Kopitiam Kita, aku pun meluncur ke destinasi pertama... Semangat sungguh aku ke sini... ingat nak mendron lokasi pendaratan pertama Jepun di pantai Sabak. Sayangnya kawasan ni terlalu dekat dengan lapangan terbang Sultan Ismail Petra... Makanya aku gigit jarilah kecewa. Destinasi berikutnya pun sama tak boleh terbang juga. Masjid Ar-Rahman, Mukim Pulau Gaja...