Langkau ke kandungan utama

Edisi Terhad

Macam cacing kepanasan bila tiada akses Internet. Semangat kerja merundum dan rasa mcm nak bersiar-siar aje. Tapi aku tetap terpasung di hadapan kaunter ni.

Geng Maintenance singgah dan segera memberi komen tentang head FNB yg baru lapor diri Isnin minggu ini. Menurut salah sorang geng sama saiz ni, Head yg baru tu mcm ada sipi-sipi muka aku. Terutama sekali badan.

Ini sepatutnya berbualan kosong jadi aku tak ambil hati sangat. Mungkin kata-kata itu ikhlas, sebab tiada nada sarkastik dikesan di situ.

Begitulah bila kita rasa kita ni Edisi Terhad akan sampai satu masa didatangkan org utk ingatkan kita betapa biasa-biasa saja kita ni sebenarnya.

Lengai dan tidak sibuk, fikiran aku mula menerawang lalu teringat kpd mesej yg aku terima awal minggu ini. Isnin dan Selasa tu aku cuti. Dan dalam tempoh dua hari tu jugak aku tak buka pesbuk. Hanya hari Rabu tu baru aku buka.

Walaupun tahu dah sedikit lambat, aku balas juga. Rupa-rupanya ex-Gemmies yg kontek aku ni nak singgah Walai sbb kepingin nak makan kek cekelat lembab yg dijual kat Restoran Belanak tu. Mujurlah masa dia tanya tu dia tak pergi sebab stok kek dah habis. Stok yg baru hanya sampai petang Rabu tu.


Bercerita pasal kejadian hari ni, boleh lah dikatakan julung-julung kali terjadi. Kategori Edisi Terhad lah jugak kiranya. Bukan tak pernah terjadi, tetapi diburukkan sbb org yg mengadu mcm mengadu kat kaunter khidmat pengguna... Dah bayar bil tapi talian tetap tak boleh pakai.

Kalau kau berurusan di kaunter khidmat pengguna lainlah. Aku tepuk tangan lagi. Tapi ini hotel, sayang... Ada prosidur. Aku tak boleh suka-suka buat apa yg ko mintak. Dan hanya kerana bersandarkan yg ko sudah bayar ko fikir ko raja? Breakfast nak berpartition bagai... Byk cantik muka kau.

Ha, percuma-cuma aku cop korang dua Hyena depan staf aku *diikuti ketawa mengekek*.

Yg paling best, sesedap rasa nak saman orang. I SUE YOU! Wah teriak tak ingat dunia. Don't waste your time lah katanya. Dunia ni mmg ko punya kan?

Syukurlah utk lunch tadi, semuanya berjalan lancar. Ada dua group menikmati hidangan tghari di Restoran Belanak. Yg pelik tu takde pulak pakai partition bagai bagi mengasingkan mereka dgn guest2 yg lain?

Rasa-rasa kalau aku bodoh ikut cakap Hyena Bunting tu, agaknya apa pandangan pihak management terhadap aku. Bongok barangkali kan?

Sekian.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.