Langkau ke kandungan utama

Service Point

Hai saya pengguna L'Oreal Smooth Intense Anti-Frizz Serum!
Macam sial je kan mamat ni. Malar selfie... Ketara sgt tak buat kerja. Tapi itu bukan sesuatu yg perlu diresahkan sangat. Yg aku perlu fikirkan adalah berkenaan perjumpaan berhubung pelaksanaan gaji minimum lapan ratus yg diarahkan oleh kerajaan bermula awal tahun ini. Memandangkan byk hotel-hotel tak bersedia, satu petition dihantar utk menangguhkan perlaksanaan gaji minimum tersebut ke bulan Oktober.

Sekarang dah bulan Oktober. Ramai staff dah mula resah, terutama sekali yg berpendapatan di bawah lima ratus.

"Kita terlibat jugak kaitu?", tanya Shaolin ralit pada memo yg baru diterima kemarin.

Aku tau lah gaji ko besar, tapi mcm mana pun kena ambil tau jugak kan?

Ura-ura Service Point (SP) ditetapkan amaunnya sejak Disember tahun lalu buat ramai yg galau. Bayangkanlah ada staf jadi hilang mood kerja. Crown staf terbaik yg dia pegang tahun-tahun terlepas gara-gara penetapan amaun SP.

Aku ambil jalan wait and see. Risau bila sampai masanya. Aku faham jugak. Kalau function berderet mcm keretapi, check-in tak pandai putus-putus seperti lazimnya hujung tahun, mau jugak menangis bila dpt RM100 satu SP. Walhal dgn kerja keras yg begitu boleh dpt lebih dari itu.

Dari perkhabaran pertemuan pertama shift malam, sebentar tadi, info yg aku dgr tidak lah mengecewakan sangat. Nak dikatakan berita baik tak jugak, sbb gaji aku tak naik pun, tapi sekurang-kurangnya SP tu, um, bergantung pada kutipan sales bulanan, tidak tetap pada amaun tertentu spt yg diberitakan sblm ini.

Jadi masih boleh le shopping sakan utk YES ni kan?

Ulasan

  1. Masih boleh membelanja diriku makan char kuay teow, dah cukup baik lah tu..ngeheheheheh! *seterika shawl glitter2*

    BalasPadam
  2. *berlari anak ke halaman rumah main engkek engkek*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.