Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Rama-rama Kiut

Tergeletak di hujung sana Gunung Kinabalu megah menyapa pagi tiga puluh satu Disember dua ribu tiga belas. Melihat pemandangan begini sekali sekala mampu melupakan aku sebentar kesibukan hari yg bakal ditempuhi. Setelah memastikan tapak yg ditempah telah ditanda aku duduk lepaskan lelah. Melagut kosong ditepi pantai lantas membawa aku kepada mimpi 27hb yg menimbulkan tanda tanya. Dalam mimpi tu aku nampak seekor rama-rama. Aku kongsikan mimpi ni dalam Twitter. Seorang kawan respon. Takpelah katanya, rama-rama kiut. Apa yg membuatkan Zaza cakap mcm tu? Adakah sebab dia dapat mimpi ngeri? Begitupun hati aku kuat mengatakan, yg rama-rama itu tentang seseorang. Tapiiii... SIAPA? Kita tunggu dia muncul, okay? Aku belum ada jawapannya sekarang.

Kerana Bahagia Itu Pilihan

Seakan terasa cepat 2013 berlalu dan setiap detik yg berlalu aku sentiasa teringatkanmu. Ketika menunggu bas. Ketika bersama rakan-rakan. Atau pun ketika hapdet booking Agoda. Semua dah siri Grey's Anatomy tu aku tengok, macam-macam aktiviti aku buat, tapi kau tetap ada, berhujah betapa kau mesti kekal dihatiku. Kadang-kadang aku fedap. Kadang-kadang aku tak kisah sangat. Tapi kalau dah love interest aku mcm kau boleh makan hati jugak aku dibuatnya. Aku tak tahu jodoh apa yg tuhan tuliskan untuk kita. Mungkin juga tiada jodoh. Mungkin juga masih ada yg belum selesai antara kita. Apa pun satu yg aku pasti, semua ini akan berlalu juga. Dan bila sampai masa itu aku akan bebas. Aku akan jadi HERO. Bukan HERO satu dunia, tapi HERO utk diri sendiri.

Asian Cuisine, Jesselton Point

Janji ngedet kat Rock Shop, Waterfront. Lepak2 situ sambil menikmati waktu senja. Malangnya cerah tidak sampai ke petang. Hujan renyai-renyai jadi si kawan pun cadang tukar lokasi. Apa kata kite cuba Lamb Chop kat Jesselton Point. Sedap jugak di situ. Pukul lima petang medan makan kat sana dah bukak, katanya. Bila dengar nama menu aku pun apa lagi? Boleh aje. Lagipun orang nak belanja kan? Lepas pesan makanan, si kawan pergi jumpa Encik Tan. Sementara tunggu dia aku snap2 kawasan persekitaran. Gatal hati jugak nak bergambar di pondok telefon warna merah tu, tapi suasana gelap murung makanya takde makna. Plus, aku tak gemar pakai flash. Macam biasa minuman sampai dulu. Aku mintak Jus Nenas. Aku bila masuk bab makan daging2 ni aku mmg akan pesan jus nenas. Supaya senang nak hadam daging gitu. Si kawan pulak jus avokado. Tak tau le apa rasanya. Aku tengok macam pes aje. Si kawan bilang dia blend dgn ais itu sbb tekstur dia macam tu. Terkejut jugak bila sampai aku tengok Lamb Chopnya digor...

Memeluk Heroku...

Selesai briefing aku pun tergesa-gesa meninggalkan hotel. Ikutkan aku patutnya cuti hari ni. Memandangkan byk yg nak hapdet terpaksalah jugak aku turun. Alang-alang dah keluar tu aku fikir baik jugak aku ronda-ronda KK sambil buang peluh dan duit. Boleh sihat dan kayap sekali. Destinasi pertama aku hari ini ialah Karamunsing. Tinjau-tinjau buah hati cintaku. Sekali ha, terserempak pulak dengan Princess dan Romeo. So sweetttt... Princess yg cam aku dulu... Nasiblah... Timing tak ngam masa tu. Tak sempat nak bertanya khabar. Aku baru nak turun tangga ke B-Floor sementara dorang dah kat atas eskalator ke G-Floor. Just lambai2 je lah dan jerit Happy New Year! Sudah ronda B-Floor aku ke G-Floor. Masuk HKV (singkatan Hong Kong Video) mata aku terbuntang nengok harga BD playerya... Lepas snap, cepat2 Whatsapp adinda mintak pendapat. Arakian, dapatlah pendapat percuma bernada riak dari pengguna jenama antarabangsa Sony. Bunyinya lebih kurang begini: "Jenama apa ni? Macam jenama cap ayam a...

Puting Bohong

Alhamdulillah dah selamat sampai pun ke tangan. Didatangkan dengan tiga pilihan warna; kuning, putih dan hitam. Dari tiga pilihan warna tu aku pilih HITAM. Nokia Lumia 1020 turut disertakan dengan Camera Grip yg mempunyai plug tripod standard. Selain memudahkan proses mengambil gambar, Camera Grip tu juga berfungsi sebagai Power Bank. Jadi tak payah lah beli Power Bank tambahan. Buat masa ni, utk pasaran Malaysia Camera Grip hitam sahaja dalam edaran. Ini jadi salah satu faktor mengapa aku pilih warna hitam pada asalnya. Hensem tak? Tak tidur dibuatnya tau! Dengan kelebihan megapiksel sebanyak 41 dan aplikasi Nokia Pro Cam yg mantap, pembelian ini aku anggap sebagai pelaburan awal kepada DSLR sebenar. Kalau diikutkan aku dah sepatutnya beli kamera DSLR dua tiga tahun yg lepas. Namun jauh disudut hati aku tau, aku belum bersedia lagi. Sementelahan pula dengan fungsi manual DSLR yg kadang2 boleh membuatkan aku bingung. Mungkin ada sebahagian dalam diri rasa ego, tidak mahu belajar, s...

CDM Termengkelan

Hampir setiap petang, Kota Kinabalu hujan. Ini menjejaskan banyak aktiviti aku lepas waktu kerja. Dari sabtu hari tu lagi aku rancang nak depositkan duit lepas org baru bayar hutang dgn aku. Malangnya terpaksa tangguh hingga Isnin. Dari aku menapak di Maybank, Jalan Perpaduan tu baik aku singgah Cash Deposit Machine (CDM) kat ground floor, CP. Kebetulan nak beli barang sama, jadi apa salahnya sekali harung. Maka beratur lah aku menunggu giliran. Tunggu punya tunggu akhirnya sampailah giliran aku. Sedang elok je mesin menelan helaian not ringgit aku, tetiba CDM tu buat bunyi pelik lalu menjeluakkan satu resit macam ni... Serta merta CDM tergendala. Pertama kali terjadi, panik jugak kejap. Duit yg nak didepositkan bukan sikit. Banyak jugak lah. Nasib baik brother kat belakang yg beratur sama tenangkan dan nasihatkan aku gi tanya kat kaunter tukaran wang asing (org Maybank jugak kot) di belakang CDM tuh tanya apa yg patut dibuat. Abang kat kaunter tu pesan suh simpan resit dan esok pergi ...

Yang Paling ULTIMATE

Macam comel aje bila tengok persiapan majlis persandingan ni. Rona dan tema yg dipilih manis sekali. Sedap mata memandang. Sungguhpun sendiri tak menghadiri majlis, seakan terkesan rasa magisnya. Aku yg ambil keputusan utk tidak menyaksikan majlis terus aja keluarkan henfon dan ambil gambar mana yg patut. Sambil2 tu tersenyum memikirkan soalan yg bakal diterima bila memijak kaki ke majlis seumpama ini. Soalan paling popular sudah tentulah: "Bila lagi maw kawin?" Adat begitulah rakan taulan, sanak saudara yg kau jumpa sepuluh tahun sekali. Selama kau bujang itulah soalan mereka. Seolah-olah itulah destinasi hidup yg paling ULTIMATE. Berkahwin dan beranak pinak! Jangan terkejut pulak bila kau dah kahwin besok, sepuluh tahun kemudian mungkin, lain pula yg ditanya. Dah ada anak ke belum? Kalau dah ada anak, berapa orang? Kalau belum ada anak, bila lagi? Menjengkelkan tau soalan macam tu dan dah tak secomel macam majlis persandingan yg dirancang!!!

Antara Percaya atau Tidak....

Rupanya dah hampir seminggu aku habis tonton semua ni. Macam tak percaya je boleh layan lebih 100 episod. Ikut rancangan aku, habis layan Grey's Anatomy nak teruskan dengan Roswell. Aku pesan Roswell hujung bulan lepas, agak2 sampai dalam awal bulan ni... Entah kenapa sampai skrg tak nampak bayang. Masalah pengendalian ke? Kastam tahan bungkusan tu ke. Tak tau lah. Cukup masa aku lapor dengan Amazon barang tak dapat lagi. Sesambil tu aku rasa baik aku layan Twilight Saga lah dulu. Ni pun buat aku macam tak percaya jugak. Apa yg aku reka cincai-cincai menggunakan laptop, Acer One aku yg usang tu boleh-boleh pulak diluluskan utk cetakan tanpa atau sangat sedikit tokok tambah dari pihak pengurusan. Dalam semua orang optimistik dengan tiga risalah ni, senyap-senyap ada pulak yg mengungkit pasal promotion aku Jun / Julai lepas. Aku tak nak komen panjang2 lah. Lagipun barang dah lepas. Aku sendiri jugak yg tolak. Walaupun aku sendiri tak jelas kenapa aku buat keputusan begitu aku percaya...

Lapan Dari Sepuluh

Awal-awal lagi tercongok kat depan GSC, Suria Sabah. Dekat sejam lebih jugak menunggu. Siap ada orang sempat caj henfon lagi. Lobi GSC pun masa tu lengang jadi tempat tu milik sementara kami. Di kesempatan tu berposing lah kami di hadapan giant poster yg menampilkan watak Tauriel dan Legolas tanpa segan silu. Babu Kuntum je yg mcm tak teruja nak amek gambar dengan poster tuh. Mana taknya dia datang pun kena heret. Nampak pokok krismas dengan lampu lip lap, itu pulak yg dia nak suh tolong ambilkan gambar. Tak cool langsung perempuan itu. Tayangan tengah malam, jadi faham-fahamlah. Walaupun dah teguk moccha sebelum masuk panggung, kesenggutan tetap terjadi. Syukurlah tak terlelap terus! Kalau tak difikirkan ini pertama kali tengok, barangkali aku dah berdengkur satu Hall 5 tuh. Berbanding Hobbit 1, aku rasa Hobbit 2 ni lebih mudah difahami jalan ceritanya. Ada prolog ringkas menerusi imbasan diawal filem membawa kita semua utk kembali kepada pokok asal cerita: apa yg membawa tiga belas d...

Pemencilan Smaug (Nama Naga tuh)

I amar prestar aen, han mathon ne nen, han mathon ne chae a han noston ned 'wilith.  Berangan bertelipati macam Lady Galadriel. Apa pun, ni nak kongsi yg aku dah beli tiket untuk "The Hobbit: The Desolation of Smaug". Tayangan tengah malam sebelas haribulan. Esok-esok pun boleh ekceli tapi dah gatal vajayjay bilang Dr Bailey lompat terus beli bila dah nampak keluar jadual tayangan. Diiringi dua jelitawan macam tahun lepas: Kakalenda dan tempat Nora digantikan oleh Babu Kuntum. 11.30 mlm tu... Larat ke? Lantaklah! Esoknya aku cuti jugak!

Acu dan Gambar!

Dah lebih setahun jadi pengguna Samsung Galaxy S3, aku rasa sudah sampai masa utk beralih kepada gajet baru yg lebih canggih. Keinginan tu semmgnya sudah ada sejak desas desus Samsung Galaxy S4 bakal menemui pasaran April tahun ini lagi. Namun kekangan kewangan membataskan niat. Hanya mampu melihat si Nora membimbit Samsung Galaxy S4 ke kedai makan 38 Kopungit yg didakwanya berharga RM1K. Demikian juga Samsung Galaxy S4 Zoom, berlalu begitu sahaja sambil terpaksa menelan air liur. Sejak pertengahan tahun - tolak ketepi gaji yg hado tu - rezeki masuk mencurah-curah. Walaupun tak banyak tapi cukup untuk menumbuhkan angan-angan mendapatkan henfon pintar yg dilengkapi - sudah semestinya - kamera acu-dan-gambar terkini. Adinda dan isteri tercinta dah memiliki Iphone 5s. Aku bila lagi nak hapgred diri ni kan? Tolak Samsung Galaxy S4, perhatian aku mula tertancap pada Sony Xperia Z1 selepas nama ini disebut-sebut. Didatangkan pula dengan kamera 20.7mp henfon ini segera menjadi salah satu kege...