Langkau ke kandungan utama

Puting Bohong

Alhamdulillah dah selamat sampai pun ke tangan.


Didatangkan dengan tiga pilihan warna; kuning, putih dan hitam. Dari tiga pilihan warna tu aku pilih HITAM.


Nokia Lumia 1020 turut disertakan dengan Camera Grip yg mempunyai plug tripod standard. Selain memudahkan proses mengambil gambar, Camera Grip tu juga berfungsi sebagai Power Bank. Jadi tak payah lah beli Power Bank tambahan.


Buat masa ni, utk pasaran Malaysia Camera Grip hitam sahaja dalam edaran. Ini jadi salah satu faktor mengapa aku pilih warna hitam pada asalnya.


Hensem tak? Tak tidur dibuatnya tau!

Dengan kelebihan megapiksel sebanyak 41 dan aplikasi Nokia Pro Cam yg mantap, pembelian ini aku anggap sebagai pelaburan awal kepada DSLR sebenar. Kalau diikutkan aku dah sepatutnya beli kamera DSLR dua tiga tahun yg lepas. Namun jauh disudut hati aku tau, aku belum bersedia lagi. Sementelahan pula dengan fungsi manual DSLR yg kadang2 boleh membuatkan aku bingung.

Mungkin ada sebahagian dalam diri rasa ego, tidak mahu belajar, sebab aku fikir ambil gambar tu seharusnya simple. Kenapa perlu susahkan diri dengan ISO, White Balance? Kan lagi senang, Acu dan Klik... Tengok skrin. Gambar dah tertera.

Kesedaran betapa perlunya tahu sedikit sebanyak asas fotografi itu tidak berlaku mendadak, namun dari hari ke hari aku mula terdidik khususnya bila berdamping dengan rakan2 fotografi semasa berkursus tempohari. Semua fungsi manual itu ada peranannya. Kalau ada asas, sudah tentu boleh dimanipulasi utk kesan yg terbaik. Tak payah lah bergantung sangat dengan Adobe Photoshop!


Ini adalah salah satu shot pertama yg menggunakan Nokia Pro Cam tuh. Baru godek ISO dan Shutter speed. Nasib baik lah cuti dua hari je... Kalau tak hancur lah Nokia Lumia 1020 tu aku kerjakan... Hew hew hew...

Ada banyak lagi yg perlu diteroka, dan jalan dihadapan masih panjang. Dan apakah yg aku boleh buat dengan kamera ni? Kita tunggu saje!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...