Langkau ke kandungan utama

Memeluk Heroku...

Selesai briefing aku pun tergesa-gesa meninggalkan hotel. Ikutkan aku patutnya cuti hari ni. Memandangkan byk yg nak hapdet terpaksalah jugak aku turun. Alang-alang dah keluar tu aku fikir baik jugak aku ronda-ronda KK sambil buang peluh dan duit. Boleh sihat dan kayap sekali.

Destinasi pertama aku hari ini ialah Karamunsing. Tinjau-tinjau buah hati cintaku. Sekali ha, terserempak pulak dengan Princess dan Romeo.

So sweetttt...

Princess yg cam aku dulu... Nasiblah... Timing tak ngam masa tu. Tak sempat nak bertanya khabar. Aku baru nak turun tangga ke B-Floor sementara dorang dah kat atas eskalator ke G-Floor. Just lambai2 je lah dan jerit Happy New Year!

Sudah ronda B-Floor aku ke G-Floor. Masuk HKV (singkatan Hong Kong Video) mata aku terbuntang nengok harga BD playerya... Lepas snap, cepat2 Whatsapp adinda mintak pendapat.



Arakian, dapatlah pendapat percuma bernada riak dari pengguna jenama antarabangsa Sony. Bunyinya lebih kurang begini: "Jenama apa ni? Macam jenama cap ayam aje".

Apa pun kami adik beradik sepakat harganya sangat murah dan khuatir akan kualitinya. Masuk sepuluh BD, kang dua tiga keping aje boleh main. Tak pasal2 merana diri.

Tapi tulah, kalau tak cuba mana nak tau kan? Kalau yg dah pernah beli tu, cuber le citer.

Tak berkenan dengan tinjauan harga Cinta Dihati, aku pun ambil keputusan ke Popular Bookstore, Centre Point Sabah.

Macam berdebar aje bila naik tangga ke kedai tu kan. Fikir nak terserempak dgn sapa2 lagi kan. Kalau org yg dah lama tak jumpa takpe. Tapi kalau jumpa org kategori bawak sial aje ha apa nak buat? Alah rilek ah. Debaran tu rupanya sebab barang yg diidamkan dah ada kat rak. Jadi aku apa lagi, bila nampak... Rembat lah satu!


Tahun lepas aku teruja sangat pesan buku Rhonda Byrne, masa tu Magic baru rilis, atas talian. Pada tarikh edaran, Magic dah bersepah kat rak tapi yg aku tempah masih dalam perjalanan.

Dua minggu plak tu aku tunggu... Leceh betul! Orang lain dah abis baca aku baru merangkak bab satu.

Aku fikir tahun ni sama macam tahun lepas. Dah sebulan lebih pun masih tak nampak bayang. Kalau aku tau, baik aku order awal2 tak yah tunggu kat Popular Bookstore.

Satu lagi yg aku tertunggu, Hobbit Extended Edition. Belum jugak nampak bayang sekarang. Kalau bulan Januari tahun depan pun takde, ringan2 jari aku klik2 Amazon.co.uk jelah!

p.s Semua gambar dalam entri ini diambil menggunakan Samsung Galaxy S3 kecuali gambar ketiga, Nokia Lumia 1020. Nampak tak bezanya?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...