Tergeletak di hujung sana Gunung Kinabalu megah menyapa pagi tiga puluh satu Disember dua ribu tiga belas.
Melihat pemandangan begini sekali sekala mampu melupakan aku sebentar kesibukan hari yg bakal ditempuhi. Setelah memastikan tapak yg ditempah telah ditanda aku duduk lepaskan lelah.
Melagut kosong ditepi pantai lantas membawa aku kepada mimpi 27hb yg menimbulkan tanda tanya. Dalam mimpi tu aku nampak seekor rama-rama.
Aku kongsikan mimpi ni dalam Twitter. Seorang kawan respon. Takpelah katanya, rama-rama kiut.
Apa yg membuatkan Zaza cakap mcm tu? Adakah sebab dia dapat mimpi ngeri?
Begitupun hati aku kuat mengatakan, yg rama-rama itu tentang seseorang. Tapiiii... SIAPA?
Kita tunggu dia muncul, okay? Aku belum ada jawapannya sekarang.

Ulasan
Catat Ulasan