Langkau ke kandungan utama

Asian Cuisine, Jesselton Point

Janji ngedet kat Rock Shop, Waterfront. Lepak2 situ sambil menikmati waktu senja. Malangnya cerah tidak sampai ke petang. Hujan renyai-renyai jadi si kawan pun cadang tukar lokasi. Apa kata kite cuba Lamb Chop kat Jesselton Point. Sedap jugak di situ. Pukul lima petang medan makan kat sana dah bukak, katanya.

Bila dengar nama menu aku pun apa lagi? Boleh aje. Lagipun orang nak belanja kan?


Lepas pesan makanan, si kawan pergi jumpa Encik Tan. Sementara tunggu dia aku snap2 kawasan persekitaran. Gatal hati jugak nak bergambar di pondok telefon warna merah tu, tapi suasana gelap murung makanya takde makna. Plus, aku tak gemar pakai flash.


Macam biasa minuman sampai dulu. Aku mintak Jus Nenas. Aku bila masuk bab makan daging2 ni aku mmg akan pesan jus nenas. Supaya senang nak hadam daging gitu. Si kawan pulak jus avokado. Tak tau le apa rasanya. Aku tengok macam pes aje. Si kawan bilang dia blend dgn ais itu sbb tekstur dia macam tu.


Terkejut jugak bila sampai aku tengok Lamb Chopnya digoreng tak digril seperti yg biasa aku pesan. Mula risau dah nak suap ke mulut. Takut berminyak dan sebagainya. Rupa2nya telahan aku salah. Selepas suap, aku boleh katakan gorengannya tak greasy, tak bau kambing and tak liat. Nice je.

Kiranya kalau ko perah daging tu tak cukup minyak keluar utk menumis sayur lah kan?

Yg paling aku suka, tapi sayang ciput je, dia punya coleslaw. Lain dari lain. Tak macam coleslaw yg biasa kita makan. Sesuai jugak lah dgn tekak.

Lain kali datang si kawan cadang pulak tom yam. Aku cakap boleh je. Cuma tu jelah, harap cuaca akan datang cerah tak mcm hari tu. Kalau cerah ceria tu boleh jugak snap2 kawasan sekitar tuh. Ini tidak belum jam nam dah gelap! Hew3x.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...