Langkau ke kandungan utama

CDM Termengkelan

Hampir setiap petang, Kota Kinabalu hujan. Ini menjejaskan banyak aktiviti aku lepas waktu kerja. Dari sabtu hari tu lagi aku rancang nak depositkan duit lepas org baru bayar hutang dgn aku. Malangnya terpaksa tangguh hingga Isnin. Dari aku menapak di Maybank, Jalan Perpaduan tu baik aku singgah Cash Deposit Machine (CDM) kat ground floor, CP. Kebetulan nak beli barang sama, jadi apa salahnya sekali harung.

Maka beratur lah aku menunggu giliran. Tunggu punya tunggu akhirnya sampailah giliran aku.

Sedang elok je mesin menelan helaian not ringgit aku, tetiba CDM tu buat bunyi pelik lalu menjeluakkan satu resit macam ni...


Serta merta CDM tergendala.

Pertama kali terjadi, panik jugak kejap. Duit yg nak didepositkan bukan sikit. Banyak jugak lah. Nasib baik brother kat belakang yg beratur sama tenangkan dan nasihatkan aku gi tanya kat kaunter tukaran wang asing (org Maybank jugak kot) di belakang CDM tuh tanya apa yg patut dibuat.

Abang kat kaunter tu pesan suh simpan resit dan esok pergi Maybank, Jalan Perpaduan buat laporan atau tuntutan.

Esok of koslah aku tak bleh keluar sebab kerja kan? Lepas waktu pejabat aje aku boleh pergi. Apa pun, aku kol dulu orang Maybank Jalan Perpaduan sekali lagi mintak nasihat.... Amoi dihujung talian mencadangkan agar aku buat laporan terus pada nombor yg diberikan pada belakang resit.

1-300-88-6688

Kami hanya branch, apa pun mesti lapor dulu pada nombor itu jelas si Amoi. Kalau sudah, boleh jugak datang ke cawangan utk isi borang apa yg patut. Oleh kerana tak mendesak, pilihan aku masa tu adalah mendail hotline tu.

Selesai buat laporan aku diberi nombor rujukan laporan. Jika tiada aral, wang akan dikreditkan terus ke akaun dalam tempoh 3 hingga 7 hari beritahu operator tu.

Pagi tadi bangun Subuh, aku check baki akaun dah bertambah. Alhamdulillah duit dah masuk. Lega. Tak le susah mana pun rupanya kalau duit kita tertelan kat CDM. Cuma jangan panik lah yea... Hehehe...


Hapdet terbaru. Baru dpt SMS pemberitahuan ni kejap tadi... Okaylah!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...