Langkau ke kandungan utama

Acu dan Gambar!

Dah lebih setahun jadi pengguna Samsung Galaxy S3, aku rasa sudah sampai masa utk beralih kepada gajet baru yg lebih canggih.

Keinginan tu semmgnya sudah ada sejak desas desus Samsung Galaxy S4 bakal menemui pasaran April tahun ini lagi. Namun kekangan kewangan membataskan niat.

Hanya mampu melihat si Nora membimbit Samsung Galaxy S4 ke kedai makan 38 Kopungit yg didakwanya berharga RM1K. Demikian juga Samsung Galaxy S4 Zoom, berlalu begitu sahaja sambil terpaksa menelan air liur.

Sejak pertengahan tahun - tolak ketepi gaji yg hado tu - rezeki masuk mencurah-curah. Walaupun tak banyak tapi cukup untuk menumbuhkan angan-angan mendapatkan henfon pintar yg dilengkapi - sudah semestinya - kamera acu-dan-gambar terkini.

Adinda dan isteri tercinta dah memiliki Iphone 5s. Aku bila lagi nak hapgred diri ni kan?

Tolak Samsung Galaxy S4, perhatian aku mula tertancap pada Sony Xperia Z1 selepas nama ini disebut-sebut. Didatangkan pula dengan kamera 20.7mp henfon ini segera menjadi salah satu kegemaran aku.


Ditambah pula Sony bakal memasarkan kamera berbentuk lensa (sila tonton video di atas) yg boleh digunakan disamping henfon pintar buat aku sawan tak sabar nak beli Sony Xperia Z1. Bila Sony Lens style camera DSC QX100 QX10 tu dipasarkan aku masih kurang pasti...

Ini membawa aku kepada satu ekspedisi ke dunia tanpa batasan. Dari situ aku diperkenalkan dengan Nokia Lumia 1020.

Nokia Lumia 1020 dikhabarkan mempunyai kamera bermega piksel yg terbesar: 41mp dilengkapkan dgn kawalan manual bak mengambil gambar menggunakan DSLR! Ketepikan rupanya yg kurang menarik, henfon pintar yg diperkasakan dengan Windows Phone 8 ini seakan menjadi titik kepada pencarian aku. Kiranya tunggu masa yg sesuai aje utk pesan secara talian atau cari di kedai-kedai berdekatan.

Celcom ada menawarkan pakej kontrak, tapi alahai jauhnya nak ke 1B. Atau bagaimana? Tunggu lagi?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...