Langkau ke kandungan utama

Entri Tertunda

Pada 30hb Januari sekitar 6 ptg aku berada di ketinggian 3,323.20 m pada aras laut. Hanya 772 m lagi utk ke kemuncak gunung Kinabalu. Aku tewas di Gunting Lagadan kerana kesesakan nafas.


Rakan-rakan lain meneruskan perjalanan pada pagi 31hb pada 2.45 pagi. Enam dari 23 rakan pendaki tumpas, terpaksa patah balik walaupun sudah sampai ke Sayat Sayat atas keadaan cuaca yg ekstrim dan masalah pernafasan.

Cuaca pagi itu turun pada 4 darjah celcius. Lopak2 air di puncak beku.

Sayang aku hanya dapat menyaksikannya melalui foto2 yg dirakamkan oleh kawan2.


Aku dinasihatkan utk turun ke Laban Rata seawal pukul 5 pagi lagi utk mengelak masalah2 kesihatan yg tidak dijangka. Walaubagaimanapun aku hanya meninggalkan Gunting Lagadan pada 7.30 pagi sebelum menuruni gunung Kinabalu setengah jam kemudian.

Sepanjang tempoh pendakian aku lebih banyak bersendirian. Aku kira itulah momen berharga mencari kekuatan diri.

Salah satunya ialah know my limit.


Memandangkan hasrat utk bergambar dipuncak sirna, dlm perjalanan menuruni gunung Kinabalu inilah yg aku jadikan motivasi. Dari pondok Mempeling lagi aku terdgr deru airnya.

Selesai pendakian kami semua ke Poring, Ranau bermalam di Mamut. Malamnya kami berbabeku sampai lewat malam dan bangun seawal pagi berendam di air panas bagi melegakan otot2 betis sebelum balik ke destinasi masing2.

Entri ni sepatutnya dipos kelmarin. Terpaksa ditunda kerana capaian Internet mobil di Poring hampir kosong.

Ulasan

  1. Waaa.. Sounds cool eh mendaki ni. Its okay this time tak dapat, maybe some other time kan :) Hehe. Better turun terus drpd mengalami masalah on top. Hope you're doing fine now. Take care and welcome back down here!! Kekeke :p

    BalasPadam
  2. awal bgn yea... seronok n adventure.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...