Ada satu pasangan dari China yg bermalam di hotel kami keluar. Sesampai di taxi si lelaki bukakan pintu utk si perempuan. Sesudah si perempuan masuk, lelaki tu tutupkan pintu.
Melihat apa yg terjadi, kawan sekerja terus komen. Romantik katanya. Dirinya sendiri tak pernah orang buat dia berasa kagum. Pegi dating bukak dan masuk sendiri pintu.
Tersengih aku dengar lalu menambah, "Tunggu ko pakai wheelchair lah baru ada orang buat..."
Aku dah lama tinggalkan idea2 romantik dalam novel atau filem ni. Ideal mungkin bagi sesetengah orang. Tapi tidak bagi aku.
Lagipun "Romantik" tuh boleh ditafsirkan dalam btk yg lebih sempit bergantung kepada pemahaman masing2.
Terlalu terikut-ikut dengan romantik yg digambarkan dalam penulisan dan layar perak, mencipta expectation yg bukan-bukan. Sudahnya expectation yg merepek inilah yg menghancurkan hubungan.
Yang penting apa perasaan kita pada pasangan kita.
Kalau perasaan kita bergantung kepada sejambak bunga, baik ko bercinta jelah dengan penjual bunga.
Sebagai kesimpulan, sila lah kurang2kan menonton atau membaca cerita2 romantik tuh. Buat cerita romantik sendiri, lagi bagus. Siapa tahu, kot2 satu hari nanti boleh dikongsi dengan anak cucu. Betul tak?

nyanyi lagu kat telefon kira romantik tak?
BalasPadamsedap sangat ke suara tu?
BalasPadam