Langkau ke kandungan utama

Gerai Kelapa Bakar, Salut.

Pucuk dicita ulam mendatang. Rancangan island hopping dibatalkan. Maka, ada le peluang singgah di Salut jamu selera di situ.

Berada di jalan Sulaman (cari arah nak ke Kampus Intan kalau dari Jalan Sepanggar atau dari Telipok menyelusur dari Jalan Norowot ke arah yg sama), gerai- gerai tepi jalan yg menghidangkan kelapa bakar ini wajib dilawati.

Aku pun dgn bangganya memperkenalkan tempat ini dgn adik ipar tersayang.

Nama je kelapa bakar, tapi yg aku nak makan Lokan Bakar sebenarnya.


Aku pesan dua tompok, yg berharga RM 10 setompok. Harga mungkin mengikut saiz lokan tuh. Cara masaknya lain sikit dari gerai yg aku pergi sblm ni. Lokan dia rasa lemak-lemak dan ada kesan minyak.

Gembira jugak bila tengok cepat aje habis lokan bakar yg baru dihidang. Dijamin akan ada request sedara mara kat KL nun datang ke sini nanti.


Sebelum tuh, puding dalam kelapa ni sampai dulu. Kalau dulu licin aku kerjakan. Tapi yg kali ni aku tak ble pi. Aku tak boleh habiskan. Puding gerai yg kami pilih rawak ni manis sangat.

FYI, aku mmg tak suka menda yg manis-manis. Gula2 pun aku jarang makan. Inikan plak kalau yg manisnya melekat kat tekak. Manis2 buah yg manja kat lidah boleh diterima kot.


Untuk dimakan bersama lokan aku pesan nasi goreng kampung (yg lain mintak soto dan mi goreng). Terkebil-kebil aku tengok nasi goreng kampung ni. Kuning wanenyer. Rasanya pulak? Boleh tahan. Tapi tak terhabis jugak sbb dah muak dgn puding tadi.


Bergambar dgn adik yg gedik tahap sopan. Mesti nak ada besta dia tu jugak. Usai mengisi perot kami pun berangkat ke KK singgah 1B, Suria Sabah. Kat Suria Sabah sempat jugaklah snap kat balkoni tingkat 3. Org duk lepak ambil refreshment. Aku sibuk adjust angle nak amek the best panoramic view.


Klik pada gambar utk zum imej yg lebih besar.

Dgn itu, sekian terima kasih sbb sudi baca trip kali ni... Bulan empat nanti baru kitorang ke pulau plak. Jalan-jalan lagi! Kali ni adik bongsu yg akan sambung belajar di UITM, Shah Alam akan ikut sama.

Tapi kan aku teringin nak naik Star Cruise tu 4D3N. Cuba tengok gambar dari balkoni Suria Sabah tuh. Nampak kapal belah kanan tuh? Ha tu le Star Cruise!

Amin. Amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...