Langkau ke kandungan utama

Edisi Bersiri - Finale

Lupa plak nak sambung segmen ni kan... Byk keje sbnrnya tapi biasalah buat2 takde keje. Baru siapkan sikit je tadi. Tapi hari ni baru hari khamis. Esok masih ada lagi. Takut apa yg diaturkan utk minggu depan berubah plak kan? So biar dulu. Esok baru finalisedkan.

Yg pasti hujung minggu depan mesti cuti! Ngeh! Nak jalan2 katanya ke Kudat. Hurmmm... Harap2 aku boleh join.

8. Legendary Dr Hur Jun (Korea dialihbahasa ke Mandarin) - Ha ni kalau ditayangkan masa aku budak2 kompom lah terpengaruh habis. Terus tanam dalam hati cita-cita nak jadik doktor kan? Time2 postgraduate tak silap aku around this time jugak love interest pun nak menghala kesitu jugak lah. Ada kenen2 bakal doktor jugak. Uwekkkk... Bukan nak ungkit apa tapi dah related dgn series ni kan? Kita sebut gitu2 jelah yea. Kalau yg tahu tu (dear stalker), korang senyum jelah sendiri ya. Hopefully dia dah bahagia skrg dgn pilihan hati baru. Kita? Yes, maintain solo jek! Aku tetap bahagia.


9. Blue Blink (Anime dialihbahasa) - Ni tayang masa aku sekolah rendah kot. Setiap sabtu, dalam pukul 5ptg macam tu lah kot (along with many others anime Three Musketeers, Tom Sawyer, Kickers...). Ini lah kot satu2nya anime yg aku tak terlepas satu episod sekali pun. Tiap2 minggu terpacak kena tipu oleh penulis. Budak dan pony biru tu gi menyelamatkan si bapak yg kena culik oleh penjahat. Gigihlah mencarik klu demi klu. Aku ni pun termakan jugak... Sekali tengok, rupa2nya bapak dia selaku penulis yg telah merencana segala jalan cerita utk menguji anaknya tu. Si bapak tak kena culik pun. Cam bodoh je bila kenang... Tapi tengok gak sampai habis... Hehehe...


10. Trio Santan Berlada - Tersengih bila kenang balik drama komedi ni. Aku paling suka part bakul dari tingkat atas tu turun. Siap dgn duit dan nota order apa. Macam2 lah spekulasi timbul tentang siapa yg turunkan bakul tu... Tapi sampai sudah pun macam tak tau sapa. Lagipun ini jelah pun hiburan masa family duk kat berek polis Kudat dulu, entertainment tak byk sangat. TV3 pun tak dapat dik! Jadi hidup aku berkisar pada siaran RTM1, RTM2 (sblm diubah ke TV1, TV2) dan satu lagi siaran yg byk animasi mantap... TVP... Hahahaha...


VCR ke apa tuh pun takde. Yg ada pun cassette player je, tuk pasang kaset2 hindi. Jangan mimpi lah game apa segala tu. Tak pernah pegang sepanjang hayat pun. Begitu pun, life still wonderfull. Takde menda nak main, kita buat permaianan. Even citer bodoh2 pun tetap follow sbb itu je yg ada. Bila kenang2 balik kan, even if I had my life again, I won't change a thing.

Itu cakap sebelum kenal Internet lah kan? LOL!

Ulasan

  1. ko mmg layan siri sama ngan aku jer.....stalker la nih...ekekekek

    BalasPadam
  2. sajer lah nak mention "stalker" khennn...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...