Langkau ke kandungan utama

Aku Terima Walau Sakit Hati

Ingat tak kes guest tak setel bil penginapan yg aku sorot sikit2 dalam bbrp entri sblm ni?

Hahaha... Macam le ramai sangat yg follow nak tanya mcm tu kan? Alah for the sake of continuity plus malas dah nak story balik.

So awal minggu ni kesnya concluded.

Dipendekkan cerita, bil yg tak dijelaskan tu terpaksa diserap kosnya, di mana separuhnya datang dari aku. Selebihnya, anak2 buah yg tanggung.

Melayang jugaklah duit yg sepatutnya boleh beli BD or DVD... Hahaha... Begitu pun aku tetap bersyukur sbb bos dah bertimbangrasa utk kurangkan jumlah yg perlu dibayar. Kalau tidak meraunglah jugak dibuatnya!

Memandangkan aku ada bahagian dalam menolong orang2 susah ni, jadi tak salah kalau aku perkenalkan mereka2 ni kan?


Bilik didaftarkan atas nama dia dia ni. Tak seperti dalam gambar kad pengenalan, penampilan si Masyitah ni jauh bezanya. Di luar dia berpenampilan ala2 tomboi.


Ini surat yg digunakan oleh Masyitah utk meyakinkan pengurus kami yg dia bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Sabah. Namun apabila dihubungi ofis beliau, staf disana mengesahkan beliau telah digantung kerja sejak tahun lepas. Pada masa yg sama turut dicari, tetapi tidak diketahui ke mana menghilangkan diri.

Adakah Masyitah cuba bersembunyi di hotel kami? Tidaklah diketahui dengan jelas.


Ini pula rakan sebilik si Masyitah yg semmgnya tak sedarkan diri. Apabila diminta utk menjelaskan bil, mahu pula mengugut utk kompelin pada pemilik hotel kononnya mereka tidak diberi Room Service.

Kau faham tak kenapa kami berhentikan Room Service utk bilik kau BAHALUL? Pesan makan empat lima kali. Galak isi perut lapar, bil meningkat tapi bayarnya haram. Muka mcm ni ada cita-cita nak gelar kami BAD SERVICE.

Mungkin skrg kau fikir kau lepas, lari begitu sahaja. Kalau ditangan orang lain aku tak tau lah apa nasib korank dua ni. Tapi doa aku mudah sahaja. Setiap sen yg kau 'ambil' dari aku, tuhan pasti akan gantikannya. Kalau tidak sama nilainya, akan berganda.

Kita tengoklah nanti!

Ulasan

  1. Jika nanti, aku yg harus bayar.. Aku kan bayar, walau sakit hati. Eh eh.. Hihi. Chill, bro. The time will come and both of them will get it back ;) Ada hikmah disebalik semua ini, perhaps!! :)

    BalasPadam
  2. Yep. Karma.

    Anggap cuci duit. bantu org2 susah. Hahaha...

    BalasPadam
  3. kalau aku, apa2 yang hilang rosak dan sebagainya...aku anggap memang benda tu atau rezeki tu sememangnya bukan untuk aku. awal2 memang rasa sedih, frust ke dll, tapi lama2 boleh terima seadanya

    BalasPadam
  4. hahaha... betul jugak lah tu. lagipun apa pekdah doakan yg buruk2 pada org lain. apa2 pun akan datang balik jugak dgn kite. tul tak?

    BalasPadam
  5. I feel your pain. Takpelah, anggap sedekah jariah. Sabooooorrrr je lah ye.

    BalasPadam
  6. sedekah jarioh ka sangat... hak hak hak...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.