Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Sisi Berbeza Di Hari Raya

Macam korang raya tahun ni? Meriah? Mesti skrg sibuk sakan pos2 gambar di pesbuk dgn baju raya masing2 kan? *motip tanya pembaca. Ramai sangat ke?* Aku macam biasa tahun ni kerja di pagi Syawal. Hasrat murni kononnya nak bagi laluan pada orang lain bercuti. Walaupun dalam hati mengata orang berkenaan haram satu hari pun nak puasa. Perlu kah kau beraya? Yg aku risau bila raya -cuti perayaan umumnya- bukanlah pasal stok ayam mencukupi atau tidak mahu pun biskut raya cukup tak utk dijamu kepada pengunjung yg lapar, tetapi pengangkutan am. Ya pengangkutan am! Pengangkutan am sendirian berhad ni biasalah. Ikut suka hati dialah nak beroperasi. Jadi aku sangat yakin akan mengalami kesukaran utk mendapatkan bas utk ditumpangi. Macam tahun2 sudah aku mintak hantar. Memandangkan bapak tak sihat, adik2 plak tak reti nak pandu kereta manual makanya aku gamble sajalah kali ni. Nak jalan kaki? Haus kasut dik... Sehari sebelum raya pun dah tau bagaimana keadaannya. Haram satu bas pun tak nampak. Kala...

Sungkai 29 Ramadhan

Sajer simpan entri ni ujung2. Nak bagi spesel sket. Lagipun belum pernah pos pasal juadah berbuka sblm ni kan? Kek Pisang air tangan adik aku. Gebu aje. Senang nak buat org yg tak penah buat kek pun kembang hidung bila nampak hasilnya macam ni. Berebut makan ni tadi. Lepas sungkai goreng seround lagi. Masakan rumah lagi sedap hokay. Panas2. Kalau rajin segalanya terhidang. Tak yah ngade nak gi memasak di Bazaar. Super hit jugak ni. Tambah lagi dengan ikan goreng dan sambal belacan.... Itu2 je tapi menambah dua tiga kali nasi tau! Syukur nikmat ni Ya Allah! Oooppsssss saper jejaka tak hensem kat depan tuh... Euwwwww... Baju purple agik! Tetap posing belum mandi ni... Hew3x. Kitorang mkn kat bawah sejak bapak kena angin ahmar hari tu. Saje katanya nak teman sekali bapak walaupun beliau tak boleh jamah pun makanan. Kerusi segala perabot dah dialih keluar utk memberi ruang kerusi roda bergerak. Yep, mak berkeras beli kerusi roda jugak. Alih2 tak pakai I tell you. Jgn kata kerusi roda. Tong...

Kita Krimkan Ais

Lulus kek keju biskut hari tuh, kita beralih kepada aiskrim bikin sendiri. Macam biasa resepi cilok dari sini . Bagaimana dengan percubaan pertama? Entah mana silapnya, adunan tak pandai beku. Pukul baper lama pun, adunan tak pandai menggumpal. Siasat2 aku rasa culprit dia ni kemungkinan besar pasal kekurangan penstabil... Tidak putus asa, percubaan berikutnya aku lebihkan sedikit penstabil. Adunan kembang elok dan gumpalannya sedikit likat, begitupun ambil masa sikit nak beku. Mungkin suhu peti sejuk perlu dilaraskan kepada yg paling rendah lagi lah aku berhujah sendiri2. Bila rasa, hurmmmmm, macam aiskrim Wall's tuh... Dua tiga kali rasa, rasa macam muak sikit. Entah berapa byk cekelat aku masukkan ni? Macam segantang aje gayanya... Ha-ha. Kira yg ni pun out jugak lah. Tak sempurna jadinya. Hampir putus asa dah ni, aku cuba lagi buat. Yalah dah kompang dengan adik2 kali ni boleh makan aiskrim utk sungkai, tengok2 krim es tak menjadi. Atas nasihat Babu Ros, aku keluarkan telur dar...

Tongkat Kaki Empat

Bapak dah dibenarkan balik hari ni. Sayangnya aku tak plak bleh cuti hari ni. Dah ada staf lain yg lebih dulu mintak cuti. Bila bapak dah boleh keluar tuh, jadi doktor sarankan kami beli kerusi roda utk memudahkan beliau bergerak. Ekceli mmg dari awal lagi doktor sarankan kami utk belikan kerusi roda utk bapak. Aku bagaimanapun kurang bersetuju atau sekurang-kurangnya jangan dulu. Bukan sebab aku terlebih doktor dari doktor tuh. Sebab dalam fikiran aku, berbanding doktor tuh aku lebih memahami keadaan rumah kami. Dari kerusi tuh jadi tempat pengumpul habuk, baik beli tongkat dulu. Jika dirasakan perlu sangat baru kami belikan kerusi roda. Selepas mendgr hujah aku, pakcik aku pun bergegas ke Karamunsing carikan dua tongkat macam kat dalam gambar di atas. Tongkat yg belah kiri, bagi aku, sangat praktikal utk naik tangga nanti. Tangan kanan bapak akan memegang tongkat mana sebelah kiri pulak akan dipapah. Sementara, tongkat yg sebelah kanan - dalam kepala aku- dijadikan alat utk bapak aku...

Jonie Bin Awang

Semalam jenguk bapak di Wad Lelaki, Hospital Papar. Keadaan dia tak byk sgt berubah. Tiub yg disambungkan melalui hidung dah dicabut. Mulai petang semalam bapak dah mula ambil makanan melalui mulut. Aku belikan jugak Gamogen utk bapak cuba. Harapnya dah mula ambil hari ni. Risik2 kat Internet kata produk nih bagus utk pesakit strok. Esok2 nanti kalau ada perubahan kita prebiu lah produk yg kononnya hasil alami ini. Sementara mak balik sediakan bubur utk bapak, kami berdua berskype dgn adik2 di Semenanjung. Boleh jugak beliau melepaskan rindu. Kalau tiada halangan, kesihatan dah mula baik, mungkin minggu depan bapak akan balik rumah. Aku pun dah cuba selitkan diri utk bercuti bbrp hari bagi memudahkan proses tuh. Dalam pada masa yg sama tgh carik2 rumah sewa ground floor. Kami skrg duduk di tingkat empat. Tiada lif, as you might expect, bakal menyukarkan pergerakan bapak ke hospital atau ke mana2 nanti. Nasiblah masa bapak kena strok tu aku kebetulan cuti. Kalau tak jenuh jugak jadinya....

Sungkai Dengan Ambuyat

Syukur bapak dah dipindahkan semula ke Hospital Papar. Lebih dekat utk dilawati berbanding Hospital Queen Elizabeth II di Jalan Damai. Dua tiga hari sejak bapak masuk hospital aku bersungkai sendiri-sendiri. Diberi kesempatan aku dapat berbuka dgn all my staff plus Babu Kuntum, petang kelmarin. Walaupun bapak tak balik rumah lagi sekurang-kurangnya tak le sunyi sangat. Main course kami petang tu adalah AMBUYAT! Side dish ada byk tak termasuk segala dessert yg kesemuanya air tangan kami sendiri. Aku tak sumbang banyak setakat kek pisang selain tolong tumpahkan sagu. Ambuyatnyer lembik sikit sebab tertuang byk sgt air masa melembutkan sagunya. Sesambil isi perut kengkawan layan drama kat tv3 tuh. Acara ni kami tak rancang lama pun. Kebetulan ada peluang kami selitkan aje. Kalau nak rancang betul2 rasanya sampai tahun depan pun tokseh. Apa pun tenkiu semua especially Jejel dan Ros yg membawa mcm2 juadah. Ingat had muatan je tak cukup petang tadi. Kalau tak semua nak disapu bersih.

Stranded In Beringgis

Aku balik rumah lepas bapak dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 2, Jalan Damai. Hanya seorang je ahli keluarga dibenarkan utk mengiringi bapak. Automatik mak yg folo ke hospital. Selesai hal2 di rumah aku pun saing ke hospital bawak barang2 tuk mak aku bermalam menjaga bapak jika perlu. Mungkin tak sekomik kalau nak dilihat keadaan cemas skrg. Tapi spjg hayat aku inilah kali pertama taxi kehabisan minyak dlm perjalanan. Stranded la kami sejam di Beringgis which resulted late iftar. Tapi ada bagusnya jugak aku terlewat sebab sesampai hospital, bapak aku dah dimasukkan ke wad. At least ada info utk dimaklumkan kepada saudara mara yg nk dtg melawat dari unit kecemasan yg sempit. Hapdet terkini kaki bapak dah boleh digerakkan. Cuma tangan kiri je yg tiada respon. Pegang tadi rasa suam2 lagi tapak tangannya. Hopefully in no time akan kembali berfungsi seperti sedia kala. Tumpang Koko balik Melinsung, jalan lengang saja. Begitupun jam dah menunjukkan aku dah terlajak waktu bersungkai. Sekit...

Queen Elizabeth II

Terkini kes bapak aku dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu. Doktor hilang punca apa yg mengakibatkan bapak aku lumpuh separuh badan. Kes terpaksa dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth II untuk pemeriksaan lanjut. Antaranya membuat imbasan pada kepala. Mak mengikut dlm ambulans sementara aku balik dulu ke Melinsung. Harap semuanya okay.

Hapdet Kisah Subuh Tadi

Masih berada di unit kecemasan, hospital Papar. Tak byk yg boleh aku buat pun sebenarnya selain melanggut di kawasan menunggu yg lengang ni. Segalanya kami serahkan kepada pihak hospital untuk menjalankan tugas. Tak byk yg aku faham butir kata doktor. Aku hanya sempat memaklumkan serangan berlaku dalam pukul lima pagi. Aku diminta keluar kerana tidak boleh lebih dari dua org pelawat pada masa yg sama. Bila mak keluar mukanya nmpk mcm konfius sikit. Menurut mak darah bapak okay. Mungkin peluang pulih mati separuh badan tuh tinggi. Aku raup muka sugulku aku anggap ini sebagai berita baik. Bau bapak badan masih melekat di baju. Memandangkan kami berada di tingkat empat terpaksa aku sikut bawak bapak turun sblm dipandu keluar ke hospital. Anggota kiri bapak seakan lumpuh menyukarkan beliau bergerak. Sblm keluar bapak enggan dibawa ke hospital. Malah tidak mahu membatalkan puasanya. Hanya selepas puas dipujuk oleh mak baru bapak mengalah. Bersetuju ke hospital. Kelmarin mak dan bapak yg kur...

Tidurlah Wahai Mata

Cukup makan? Cukup tidur? Rasa macam semua cukup. Tapi entah kenapa fikiran meracau-racau. Ligat memutar segala kejadian. Lepas sahur, aku fikir nak memengsan trus tapi kalau macam ni kejadiannya, mata palak-palak, wajiblah aku berjaga sampai ke pagi. Kenapa pulak ko nak tido balik ni? Kebetulan hari ni my off day. Jadi perancangan yg termaktub sudah tentulah mengorok puas-puas. Itu yg aku nak buat, itulah perkara yg paling last dlm kepala. Apakejadahnya aku nak pusing-pusing balik kejadian-kejadian yg berlaku enam bulan pertama tahun ni. Bukan sepatutnya merancang utk kejadian-kejadian enam bulan terakhir tahun ni? Ha tengok tu. Mata tetiba berpasir. Mulut tak pasal2 menguap. Bosan eh bercakap pasal masa depan? Okay jugak lah dari kira kambing biri-biri lompat pagar? Jom buat senarai apa yg kita nak buat... Iftar kat Promenade Hotel dan Hyaat Regency. Menginap tiga hari dua malam di Pine Resort, Kundasang. Bersiar-siar di bandar Miri. ==pause== Sayup-sayup terdengar suara mak. Sejam k...

Penjagaan Rambut Itu Penting

Penjagaan rambut macam apa seja niurang. Mahal mok mampus. Memandangkan aku telah berbelanja "besar" akhir bulan lepas, aku mencari-cari cara utk membuat penjimatan. Aku cuba meringkaskan rutin penggayaan rambut yg nampak mcm artis nak pergi photoshoot. Selepas bereksperimen bbrp hari ni, aku dapati tanpa menggunakan hairwax aku masih boleh menggayakan stail rambut aku skrg. Syukur jugak aku pandai gunting rambut sendiri. Jadi tak perlulah fikir belanja ke salun apek patah tangan mintak potong rambut tiap2 bulan. Walaubagaimanapun dalam hal-ehwal penjagaan nampaknya tak boleh kedekut. Dah sembur hairspray kau fikir dgn bilasan air saja mampu menghilangkan kekejungan rambut? Mahu tak mahu, terpaksalah jugak pastikan ada ongkos utk shampu dan perapi. Mungkin ramai yg tak tahu. Lelaki menggunakan lebih byk produk penjagaan rambut berbanding perempuan. Tak pasti lah kenapa jadi macam ni. Ikut pengalaman aku sendiri pun, penjagaan muka tu tak le penting sangat berbanding rambut. B...

Banana Cake Idiot

Kenapa lah Alizam Jonie ni suke sangat buat kek pisang? Selain sebab itu je yg aku tahu buat, kek pisang ni jadi macam penghilang rindu lah jugak. Masa akhir2 tahun duk Kedah, aku selalu beli kek pisang. Sementalahan pulak murah dan mudah didapati, makan rajin le membeli kekdahnya. Ditambah pulak rasanya yg sedap wajib lah rembat satu atau dua bikin sarapan pagi bersama kopi atau teh. Bila balik Sabah, carik merata (pekan Papar je pun) tak jumpa kek yg sesedap masa beli kat Kedah dulu. Oleh kerana teringin sangat nak makan, maka nak tak nak terpaksa lah belajar buat sendiri. Dipendekkan cerita aku mula lah mencari resepi kek pisang mudah kat Internet. Tak macam skrg boleh berinternet di mana saja, dulu terpaksa gi Siber. Siber yg selalu aku pegi utk macam2 tujuan masa tu adalah Kakure.net (skrg dah tutup). Macam biasalah resepi hanya senarai bahan2 dan langkah2 sahaja. Yg Banana Cake Idiot mcm aku ni manalah tahu ada tricks dia ke apa. Aku baca resepi terus aje bantai. Sudahnya aku dap...

Kek Pisang Hampir Tak Jadi

Kalau terus terbongkang spjg hari mcm ni kan best? Tutup henfon dan top up tidur puas-puas. Tapi hampeh. Dalam pukul sembilan pagi aku terjaga. Terus teringat misi membuat kek yg aku plan sejak kemarin. Misi pertama buat kek keju berjalan dengan baik. Bila sampai giliran nak buat kek cekelat fikiran aku berbolak balik. Akhirnya aku ambil keputusan buat kek pisang. Fikiran entah melayang ke mana, hampir siap adunan kek aku perasan sesuatu yg tak kena. Ahhhh sudah! Aku terlebih masukkan tepung! Nasib baiklah aku ingat berapa byk yg aku masukkan. Kalau tidak susah aku nak bajet utk selamatkan adunan aku tuh. Hancurlah kalau macam ni! Apa pun aku cuba konfidenkan diri bakar jugak. Syukurlah naik jugak kek tuh. Kalau tak percuma je kena buang dalam tong sampah. Naik tu naik lah... Rasa tak tau! Bau macam boleh tahan... Jadi le kot yea? Jadi tak jadi ha penuh jugak satu bekas. Sempat lagi berselfie dgn bangganya bersama kek pisang yg hampir-hampir salah bikin tu... Phew... Kek cekelat? Malam...

Belum Masak Lagi

Dua tiga hari mendung, baru hari ni nampak sang suria. Dalam keadaan cuaca yg baik tuh aku pun membimbit cik Nokia menuju ke kawasan kain rentang yg menguar-uarkan promosi hotel kami utk sepanjang bulan puasa ni. Yg aku gedik sangat bawak cik Nokia dalam cuaca panas2 ke kain rentang tu apa hal? Niat dihati nak tangkap gambar kain rentang tuh. Takde apa yg spesel pun dgn kain rentang tu selain cantik dipandang. Sorilah kalau kata2 berperisa riak. Sekali sekala bangga dgn "hasil tangan" sendiri tak pe kan? Lagipun siapa lagi lah nak bangga kalau bukan diri sendiri. Betul tak? Aku snap2 ni pun dgn tujuan utk bina arkib sekali. Yalah manatau besok2 dah tak kerja lagi kat hotel ni, aku ada le jugak sampel utk ditunjukkan kepada bakal pelanggan yg mintak reka banner sebegini. Maklumlah kerja sendiri2 semua hal kena buat sendiri termasuk marketing. Lepas acara buat kek keju biskut hari tuh, nafsu bakar membakar pulak datang balik. Jadi dengan resepi yg aku kutip dari Internet ni aku...