Langkau ke kandungan utama

Jonie Bin Awang


Semalam jenguk bapak di Wad Lelaki, Hospital Papar. Keadaan dia tak byk sgt berubah. Tiub yg disambungkan melalui hidung dah dicabut. Mulai petang semalam bapak dah mula ambil makanan melalui mulut.

Aku belikan jugak Gamogen utk bapak cuba. Harapnya dah mula ambil hari ni. Risik2 kat Internet kata produk nih bagus utk pesakit strok. Esok2 nanti kalau ada perubahan kita prebiu lah produk yg kononnya hasil alami ini.

Sementara mak balik sediakan bubur utk bapak, kami berdua berskype dgn adik2 di Semenanjung. Boleh jugak beliau melepaskan rindu.

Kalau tiada halangan, kesihatan dah mula baik, mungkin minggu depan bapak akan balik rumah. Aku pun dah cuba selitkan diri utk bercuti bbrp hari bagi memudahkan proses tuh. Dalam pada masa yg sama tgh carik2 rumah sewa ground floor.

Kami skrg duduk di tingkat empat. Tiada lif, as you might expect, bakal menyukarkan pergerakan bapak ke hospital atau ke mana2 nanti.

Nasiblah masa bapak kena strok tu aku kebetulan cuti. Kalau tak jenuh jugak jadinya.

Bukan tiada jiran tetangga. Yg ada pun consist of bini2 tentera -oh cantiknya bahasaku- yg laki dorank bukan selalu ada rumah.

Anak2 pulak, masih kecil2 belaka.

Masa aku tengah jaga bapak tu, ada jugak jiran2 datang melawat tapi dari blok yg jauh sikit.

Yg lucunyer boleh makcik tu tanya abang dan adik aku bila nak balik?

Kami adik beradik bertiga, aku pulak yg sulong. Jadi sapa lagi abang aku nih?

Apa pun aku ambil itu sebagai pujian... Maklum balas. Masa akan datang kena lebih rajin buat maintenance bagi mengekalkan ilusi yg kononnya aku ni masih in my 20s... LOL!

Ulasan

  1. Kes kita ni hampir sama..orang selalu ingat adik aku tu kakak sulung..hahah!

    Barkat wudhu' 5 kali sehari...*betulkan tudung*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.