Langkau ke kandungan utama

Sisi Berbeza Di Hari Raya

Macam korang raya tahun ni? Meriah? Mesti skrg sibuk sakan pos2 gambar di pesbuk dgn baju raya masing2 kan?

*motip tanya pembaca. Ramai sangat ke?*

Aku macam biasa tahun ni kerja di pagi Syawal. Hasrat murni kononnya nak bagi laluan pada orang lain bercuti. Walaupun dalam hati mengata orang berkenaan haram satu hari pun nak puasa. Perlu kah kau beraya?

Yg aku risau bila raya -cuti perayaan umumnya- bukanlah pasal stok ayam mencukupi atau tidak mahu pun biskut raya cukup tak utk dijamu kepada pengunjung yg lapar, tetapi pengangkutan am.

Ya pengangkutan am!

Pengangkutan am sendirian berhad ni biasalah. Ikut suka hati dialah nak beroperasi. Jadi aku sangat yakin akan mengalami kesukaran utk mendapatkan bas utk ditumpangi. Macam tahun2 sudah aku mintak hantar. Memandangkan bapak tak sihat, adik2 plak tak reti nak pandu kereta manual makanya aku gamble sajalah kali ni.

Nak jalan kaki? Haus kasut dik...

Sehari sebelum raya pun dah tau bagaimana keadaannya. Haram satu bas pun tak nampak. Kalau yg ada pun bas yg dari terminal Papar (minus bas persiaran atau persendirian yea jangan korang nak mengada menguji ketepatan fakta aku)

Kalau dari terminal Papar yg diharap mmg kecewalah. Limpas aje penoh. Limpas aje dapat debu.

Nasiblah Babu Kuntum yg bergegas balik dari Beaufort ke tempat kerja lalu. Kalau tidak sampai tengahari tunggu pun tak sampai2 ke tempat kerjalah jawabnya.

Raya pertama dan kedua dapat ke tempat kerja hanya disebabkan nasib baik.

Ikutkan pagi raya pertama tu, sibuk jugak sikit trafik. Tak putus2 kereta berdesup. Cuma yg ko tak nampak bas nak ke KK jelah. Aku cakap nasib baik sbb kebetulan ada angkol (jiran area tu) nak antar inai dia ke KK jadi ditumpangkan lah aku sampai ke Kinarut.

Lega di situ.

Pada mulanya ada jugak hati nak arrange taxi pagi tuh. Tapi memandangkan ekonomi sedikit goyah aku abaikan. Baju raya pun tak terbeli eksen nak pakai taksi.

Raya kedua lagi sedih. Jalan raya kosong. Timbul juga rasa gelabah. Syukurlah aku tidak berkeseorangan. Ada jugak teman seorang aunty yg nak ke KK pagi tuh. Walaupun aunty tu kata ulang2 bas tade. Dalam hati tetap yakin akan ada satu bas utk kami.

Yg peliknya mmg ada.

Bas tu sebenarnya dari Papar dan dah sarat pun. Entah di mana silap, dia nak turunkan seorang penumpang tapi destinasinya bukan di Melinsung.

Bila dah bukak pintu bas (nak turunkan orang), penuh tak penuh aku lompat aje masuk. Perlu tebal muka? Perlu berdiri? Tak kisahlah kan. Destinasi aku pun bukannya jauh mana. Kurang 15 minit dah sampai.

Hari raya ketiga?

Keadaan balik seperti biasa. Mungkin sepanjang minggu ni tidak akan ada masalah bagi aku utk ke tempat kerja.

Kemelut tiada bas berkoma di situ.

n/b Dalam kesusahan ada hal yg dipermudahkan...

Ulasan

  1. Mungkinkah ini petanda yang kau harus mengambil lesen memandu?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...