Penjagaan rambut macam apa seja niurang. Mahal mok mampus.
Memandangkan aku telah berbelanja "besar" akhir bulan lepas, aku mencari-cari cara utk membuat penjimatan. Aku cuba meringkaskan rutin penggayaan rambut yg nampak mcm artis nak pergi photoshoot. Selepas bereksperimen bbrp hari ni, aku dapati tanpa menggunakan hairwax aku masih boleh menggayakan stail rambut aku skrg.
Syukur jugak aku pandai gunting rambut sendiri. Jadi tak perlulah fikir belanja ke salun apek patah tangan mintak potong rambut tiap2 bulan.
Walaubagaimanapun dalam hal-ehwal penjagaan nampaknya tak boleh kedekut. Dah sembur hairspray kau fikir dgn bilasan air saja mampu menghilangkan kekejungan rambut?
Mahu tak mahu, terpaksalah jugak pastikan ada ongkos utk shampu dan perapi.
Mungkin ramai yg tak tahu. Lelaki menggunakan lebih byk produk penjagaan rambut berbanding perempuan.
Tak pasti lah kenapa jadi macam ni.
Ikut pengalaman aku sendiri pun, penjagaan muka tu tak le penting sangat berbanding rambut. Buat penjagaan yg ringkas2 sudah memadai. Tetapi rambut sangat penting. Tak jaga, takut cepat botak. Rambut gugur dan jadi jarang boleh buat lelaki yg tak kawin pun nampak mcm dah jadik bapak orang (jeling Prince Charles).
Kalau nak jimat jugak. Potong rambut pendek lah dude. Pakai haircream sajork.

Ulasan
Catat Ulasan