Masih berada di unit kecemasan, hospital Papar. Tak byk yg boleh aku buat pun sebenarnya selain melanggut di kawasan menunggu yg lengang ni. Segalanya kami serahkan kepada pihak hospital untuk menjalankan tugas.
Tak byk yg aku faham butir kata doktor. Aku hanya sempat memaklumkan serangan berlaku dalam pukul lima pagi. Aku diminta keluar kerana tidak boleh lebih dari dua org pelawat pada masa yg sama.
Bila mak keluar mukanya nmpk mcm konfius sikit. Menurut mak darah bapak okay. Mungkin peluang pulih mati separuh badan tuh tinggi.
Aku raup muka sugulku aku anggap ini sebagai berita baik.
Bau bapak badan masih melekat di baju. Memandangkan kami berada di tingkat empat terpaksa aku sikut bawak bapak turun sblm dipandu keluar ke hospital. Anggota kiri bapak seakan lumpuh menyukarkan beliau bergerak.
Sblm keluar bapak enggan dibawa ke hospital. Malah tidak mahu membatalkan puasanya. Hanya selepas puas dipujuk oleh mak baru bapak mengalah. Bersetuju ke hospital.
Kelmarin mak dan bapak yg kurang sihat pergi urus tiket balik adik bongsu utk raya ni cerita mak selepas menghantar bapak di wad. Mungkin sbb tu tiba2 bapak jdk kuran sihat.
Aku keliru sedikit dgn cerita mak tapi aku tak tanya lanjut. Setahu aku duit tiket dah aku depositkan sebelah petang.
Belum cukup lagi kah?
Tiket pergi balik Firdaus dan isteri sahaja dah cecah RM1'700. Adik yg bongsu pulak dlm RM900.
Urut dada jugak bila tengok angka tuh.
Tapi bila dah bapak mcm ni rasanya tak kisahlah brp yg dihabiskan. Janji adik beradik balik jenguk bapak.
Yg bagusnya walaupun tiket dibeli berasingan, mereka dapat naik dlm satu penerbangan.
Semoga semuanya selamat sampai 24hb ni.

Aku doakan bapak ko cepat sembuh. banyakkan doa untuk beliau juga ya.
BalasPadam