Langkau ke kandungan utama

Banana Cake Idiot


Kenapa lah Alizam Jonie ni suke sangat buat kek pisang?

Selain sebab itu je yg aku tahu buat, kek pisang ni jadi macam penghilang rindu lah jugak.

Masa akhir2 tahun duk Kedah, aku selalu beli kek pisang. Sementalahan pulak murah dan mudah didapati, makan rajin le membeli kekdahnya. Ditambah pulak rasanya yg sedap wajib lah rembat satu atau dua bikin sarapan pagi bersama kopi atau teh.

Bila balik Sabah, carik merata (pekan Papar je pun) tak jumpa kek yg sesedap masa beli kat Kedah dulu. Oleh kerana teringin sangat nak makan, maka nak tak nak terpaksa lah belajar buat sendiri.

Dipendekkan cerita aku mula lah mencari resepi kek pisang mudah kat Internet. Tak macam skrg boleh berinternet di mana saja, dulu terpaksa gi Siber. Siber yg selalu aku pegi utk macam2 tujuan masa tu adalah Kakure.net (skrg dah tutup).

Macam biasalah resepi hanya senarai bahan2 dan langkah2 sahaja. Yg Banana Cake Idiot mcm aku ni manalah tahu ada tricks dia ke apa. Aku baca resepi terus aje bantai. Sudahnya aku dapat Kek Pisang Bantat.

Lepas habis konvo 2006 masa tu, takde pulak nak buat apa -menganggur lettew- maka aku pun korek lah segala ilmu mcm mana nak buat dengan betul bangsa kek ni. Kira arif sikit selok belok buat kek pisang gitu masa tu. Boleh jadi bahan rujukan.

Dah reti buat, takde pulak orang nak habiskan. Tak pasal2 aku pulak yg jadik kek. Last2 aku stop buat.

Skrg pun kalau buat, bukan utk makan sendiri. Buat tuk kawan2 sambil menunjuk-nunjuk kebolehan diri yg tak seberapa ni. Ilmu yg aku belajar tu plak dah byk aku lupa.

Kalau ada tempah pun, aku rajinkan diri buat. Kadang2 tak cas apa pun. Sekadar suka-suka. Yg penting puas hati seronok org suka apa yg kita buat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...