Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2015

Sama Rata & Berkira

Heboh pasal gambar baju biru berbelang hitam. Biar apa pun penjelasan, saintifik sekalipun, warna pada gambar baju yg aku lihat adalah putih dan belang keemasan. Bukan sesuatu yg pelik, atau tidak pernah didengar warna yg ditangkap pada gambar boleh berubah mengikut pencahayaan atau ada masalah ketepatan warna yg dirakam oleh kamera. Perkara biasalah tuh. Tak payah nak gaduh sangat. Hari ni tak gaduh sangat pulak bila yg tak disangka sampai pulak lebih awal dari yg dijangka. Inilah bungkusan yg aku nak ceritakan dlm entri sblm ni. Filem komedi romantik yg menampilkan dua pelakon kacak Mark Walhberg dan Antonio Sabato Jr. Hahaha... Gambar depan ada 4 org. Jadi dua lagi tuh tak kacak lah? Ada unsur-unsur pilih bulu di situ kan? Saya faham... Bungkusan dah terima, hamper pun dah dapat. Patutnya tahun lepas lagi hulur ni, tapi si kawan sibuk pulak. Okie lah kita faham kan... Cuma pembahagian isi hamper tuh yg aku mcm pelik sikit. Sama rata. Sblm ni aku dah nampak cara pembahagian begitu. A...

Unleashing the dragon

Baru aku tahu apa yg terjadi pada 23hb. Kau fikir ada some stalker crazy enough nak selongkar arkib belog kau lah mulanya kan? Syukur lah tidak. Entah blogspot ni buat polisi baru plak. Tak bleh ada yg lucah2 segala. Kalau Naked Burger tu bleh dianggap 'blue' aku tak tau lah yea. Ketepikan tu, kita tengok apa aku buat sepanjang hari ni selain top up tidur bbrp jam di tengahari. Tak sangka plak terjumpa bluray citer ni kat Suria Sabah semalam. Mmg lama dah jenguk2 kat ebay dan amazon nak angkut satu. Memikirkan nilai matawang yg kita yg merundum berbanding matawang negara asing tuh, aku tahan2 sikit nafsu. Syukur dgn potongan harga jauh lebih murah, aku dpt angkut satu yg ini. Nak dptkan harga promosi RM88 tuh kena angkut satu lagi lah. Bongkar punya bongkar, pilihan pun tak byk sgt kat Suria Sabah tuh, aku sambar yg ni dari rak. Baru je siap nonton sekejap tadi. Penyanyang plak mahkluk berbulu ni kan? Masih dalam bulan Februari kan? Filem yg diibaratkan sebagai "Sense ...

Pelan B

Pikir nak hapdet lagi selepas entri yg sblm ni. Apa kan daya mata mcm dah nak tergam. Dari pipi grubble ni landing terpaksa atas lappy, baik kita tunda aje niat menambah entri baru tu ke pagi ni. Apa pun gambar di atas adalah ringkasan aktiviti petang kemarin. Dengar khabar Sushi King buka satu cawangan lagi di Suria Sabah. Menggunakan alasan "Jom Rasmi Sushi King di sana", beratur lah kami beramai-ramai ke Suria Sabah. Malang betul aku petang tu tak brapa sihat, tak begitu menikmati makanan yg dipesan. Begitu pun, "curry undon" yg terhidang tetap licin jugak disapu oleh encik Alizam Jonie. Tema Jepun tak sudah di situ. Lepas tuh menyinggah ke kedai RM5, Daiso Japan beli masker dan tempat simpan baju kotor. Terbang lah RM15 di situ... Hihihi Selepas tuh kami pun masing2 buat hal sendiri. Kalau nak tunggu sorang-sorang siap shopping barang diorang, alamat lusalah baru balik. Aku tiada tempat lain, kedai Speedy jugak yg aku serbu. Surprise plak bila nampak Game of Thr...

Apalah Nasibku Ini

Apalah nasibku ini. Dah lah lambat kena kopek pulak. Yg peliknya batch yg hantar sekali (Minah bertatu naga) elok je tidak melalui proses kejam ini. Plus sampai lebih cepat dari yg dijangka! Oooopppsssss ingatkan creta lucah atau item yg digam dlmnya. Rupanya yg lulus tapisan filem je pun. Item yg aku dpt ni pula hanya replacement. Original order ntah ke mana menghilang. Dgn sampainya pesanan ni bertambahlah koleksi aku.... Sebelum ni aku dah ada 4 yg versi hitam. Yg versi putih tuh pyh sikit nk carik kat kedai, walaupun pnh nmpk. Bila dah terlepas mmg tros tak nmpk lah Sampai bila-bila. Jadi dah ada bajet lebih sikit ni aku order la melalui online. Lambat sebulan je, janji dapat. Toksah merungut okey?

Love Letter (1995) [Blu-ray]

Alah nampak tajuk dan tengok gambar pun korang dah boleh agak aku nak citer apa. Nak suprise2 pun tak boleh dah kan? Inilah bungkusan dari Korea yg aku nanti2kan sejak awal bulan ni. Kanyat2 hati tu nak dptkan jugak! Aku tau kau tak bleh baca ni Oppa (sepupu sebelah Rain), tapi aku ucapkan banyak2 terima kasih. Bungkusan dihantar dengan penoh kasih sayang. Paling penting TERIMA KASIH sbb jadikan impian aku yg kali ni satu kenyataan. Balik rumah tak sempat bukak baju teros kopek blu-ray nih... Huhuhu... Baru pertama kali dpt kotak putih jernih yg mcm ni. Rasa mcm istimewa lah gitu. Mcm cinta pertama yea dok... Wakakaka... Had ni merepek. Teros uji pasang... Oooo tergamam nengok. Tak tau nak pilih mana, tekan aje lah yg mana2 pun. Janji butang OK kan remote. Inilah bongga masa dulu2. Mak bapak suh blaja bahasa Korea dan Tamil tak mahu. Skrg tengok betapa payahnya memaham tulisan kanji itewww... Okie cukup! Prebiu katanya, kang sampai ke hujung habis ditonton. Aku tak mandi lagi ni. Habis...

Empat Ratus Tiga Puluh Empat

Ini adalah stats pageviews aku dari 17 - 25 Februari. Perasan tak pada sebelah kiri keluk tuh garis yg hampir mendatar ke lantai tuh? Lazimnya itulah statistik kunjungan blog aku selama-lama ini. Almaklumlah belog aku bukannya dikenali sangat. To be expected lah kan? Tiba-tiba pada 23hb, bilangan kunjungan melonjak dari jumlah normal ke bilangan ratus-ratus. Bukan nak berbangga, kalau menten mcm tu setiap hari begitu boleh jugak kita pasang nuffnang. Ini yg hairannya satu hari tuh je dilanda ribut pageviews sebegitu byk dalam satu hari. Apa yg sebenarnya terjadi pada hari tuh? Ada kaitan ke dgn perasaan pelik, tergigit lidah dua tiga hari seblm ni? Hanya tuhan sahaja yg tahu jawapannya buat masa ni.

Laut Sebiru Langit

Tenang tanpa olengan. Seakan terapung tak bertali. Dihujung sana, sayup2 terlihat kawanan burung bangau mendarat pada dasar yg tohor. Matahari terbit tinggi sikit nanti, lengkaplah surut air laut di sebelah sini. Tak bercuti tahun baru cina, dapat angpau dari sedara mara yg berdarah Tianghua sebelah nenek Andy Lau pun sudah cukup menggembirakan. Fikir boleh dapat lebih seribu lagi tahun ni, dpt RM700 pun jadi lah kan dari takde. Sibuk beno ke dua tiga hari ni? Sampai terlupa nak hapdet belog? Tak jugak lah kot. Tapi isi kandungan entri yg nak diterbitkan tuh terlalu sensitif. Nak tak nak terpaksa padam saja. Dah tinggal bbrp hari tuh, jenguk belog terkejut sekejap bila Nice Meeting You Mark merajai entri kegemaran pembaca. Kalau ada pembaca lah. Bukan apa selama-lama belog ni terhasil, tidak pernah pulak entri tuh jadi tatapan umum. Ada apa eh pada entri tuh? Biarlah kita berteka-teki. Dlm berteka teki tuh, kita tunggu bungkusan dari sedara kita di Korea. Kalau ada esok kita hapdet ye...

A Day In My Life

Tersengih aku bila baca bagaimana empat lagu demo Spice Girls yg dirakam dlm era FOREVER terlepas ke tangan org yg tak bertanggungjawab. Ntah betul ntah tidak. Yg pasti demo tuh mmg menampilkan vokal the fab four. Aku taw dlm 1998-1999 sudah tersedia bbrp set lagu utk dimuatkan dlm album ke tiga FOREVER tuh. Rancangan asal tu kemudiannya berubah bila Spice Girls dicadangkan utk merakam lagu HOLLER. Mungkin utk menyesuaikan dgn lagu yg lebih RNB, bbrp lagu2 yg telah dirakam terpaksa digugurkan. WOMAN adalah salah satunya. Lagu ini telah diperdengarkan kepada peminat pada hujung 1999 tetapi nampaknya gagal ke album akhir. Sehingga kejadian bbrp minggu sudah, barulah kita peminat berpeluang dengar tiga lagu lagi yg tidak berjaya ke album FOREVER. Media kata ada 4 lagu demo yg bocor. Bagaimana pun satu lagu demo tuh RIGHT BACK ATCHA ada dalam album FOREVER tetapi telah diberi sentuhan RNB bukan POP seperti mana yg didengar dlm demo. Yg selebihnya - BONUS BAGI PEMINAT - never available comm...

Cuti-cuti Mesia 2015

Bakar ubat nyamuk lagi lah di ambang tahun baru cina ni kan? Tahun ni mcm tahun-tahun sudah, lebih kurang sama aje. Tetap bertugas seperti biasa pada hari perayaan. Kalau tahun-tahun sudah, sekerat dua aje yg bertelingkah nak cuti raya. Skrg kau terpaksa bertolak ansur pulak dengan yg jenis semua cuti perayaan dia nak bolot. Malas nak gaduh-gaduh, aku pilih waktu-waktu yg tak sibuk sahaja utk ganti cuti perayaan. Macam tahun ni aku rasa nak cuti-cuti mesia samada Mei atau bulan puasa nanti. Mei tu nanti mungkin nak turun Kehel jumpa sanak sedara di sana. Kalau ada rejeki buat reunion sekali dgn geng Senja Dot Com. Bulan puasa tuh mungkin ke Miri ganti cuti-cuti yg tempohari yg tak jadi tuh. Terhengen plak nak fefeling berbuaka puasa di perantauan... Itu rancangan je lah. Kalau tak jadi, kita atur yg lain lah pulak. Hujung tahun kompom lah tak boleh, sebab masa tu lah yg paling sibuk. Masa tu jugak "duit" banyak masuk. Jadi harom lah kau bercuti masa tu yea. Apa pun harapkan s...

Gravity

Baru sempat tengok petang tadi. Jalan cerita biasa je, watak utama pun dua kerat aje tapi menarik dari segi falsafah disebalik cerita menerusi character's inner struggle. The main character struggle to survive is something that I could relate to personally, or once experience it. Watak Ryan Stone umpamanya berdepan keputusan hidup dan mati bila terpaksa melepaskan Matt Kowalski kembali ke angkasa kalau dia mahu terus hidup. Kesukaran Stone, utk melepaskan Matt Kowalski walaupun diminta segera berbuat demikian, membayangkan realiti yg Stone hadapi sendiri di bumi. *cerita berlatar angkasa raya yea* Ryan Stone, tidak dpt melepaskan hakikat anaknya sudah mati sekaligus menyebabkan dia juga turut "mati" dgn pemergian anaknya itu. "You've got to learn to let go", antara pesanan akhir Matt Kowalski sblm terputus hubungan. Komunikasi dgn bumi terputus. Peluang utk kembali ke bumi dgn selamat pula seakan makin tipis. Diburukkan lagi dgn daya juang Ryan Stone yg sema...

Kejar Takhta

Surprise plak bila bukak BD The Girl with the Dragon Tattoo ni ada bonus disc. Put that aside, kita layan dulu feature movienya. Filem sepanjang 160 minit nih, mmg follow closely plot dlm novel. But at no point in the movie I feel engaged in exploring tiga intipati yg menarik dlm novel asal: Misteri kehilangan Hariet Vanger Dynamic/clash personality between two main characters: Mickael Blomkvist & Lisbeth Salander Subtext novel, pasal penderaan wanita. Yg terhidang hanyalah visual yg menarik, tidak mengesan pada hati. Mungkin kalau filem ni pendekatannya lebih kepada character-driven, aku rasa ia akan lebih berjaya. Kesimpulan aku, even this one is no better than Sweden punya version, Jangan bakar kelambu lagi, kita ubat rasa kecewa kita dgn memulakan marathon Game of Thrones. Tak tahu bila akan available musim ke-4 di pasaran, sesambil tunggu tuh kita layan jelah. Mcm tahun lepas musim ke tiga, bulan tiga dah ada. Ini aku terima hari ni. Advance Album Sampler dari US, 8-tracks pu...

Ubat Nyamuk

Nampaknya semalam ada orang bakar ubat nyamuk. Sekalipun, olok-olok. Tade sangat nyamuk nak dihalau, aku plak fikir nak stop kejap kempen sengal yg aku buat di bbrp entri seblm ni. Kalau dah bosan sangat dgn hidup, elok habiskan bhg pertama trilogi tulisan Stieg Larsson tuh. Ada jugak faedahnya! Kalau yg tak pernah baca, bhg pertama novel ni berkisar kepada penyiasatan yg dibuat ke atas misteri kehilangan seorang gadis, 36 tahun yg lalu. Nak dijadikan cerita, bermacam teori dibentuk, menimbun fakta dikumpul, namun kesemuanya menemui kebuntuan. Tiada siapa yg dapat menjelaskan bagaimana gadis berusia 16 tahun itu lesap begitu sahaja tanpa dikesan. Kalau mati, di mana jasadnya? Kalau lari, ke mana perginya. Betapa hebatnya kena "trick" oleh Stieg Larsson. Aku sendiri pun mulanya terlepas pandang. Kalau bukan kerana kita terlalu obses dgn details, jawapannya dah boleh nampak awal2 lagi. KLU pertama nasib si gadis sudah pun dihidangkan sedari perenggan pertama pembukaan novel lag...

Natasha Ariana

Petang tadi pergi Papar bagi memenuhi jemputan sambutan hari lahir yg ke-setahun anak dara babu ros. Bermacam-macam juadah dihidang sampai tak tahu nak pilih apa. Peluang yg julung2 begini kami ambil utk membatalkan diet... Kih3x. Natasha Ariana bergambar bersama ibunya, sebelum upacara potong kek berlangsung. Mekong je anak dara sorang nih kena paksa berposing bawah terik cahaya mentari. Dua minggu sebelum sambutan ulangtahun babu ros ada jugak bertanya-tanya tema apa nak pakai. Kalau kita dulu lantak le apa asal ada kek dan hadiah. Sekarang wajib nak ada tema segala yg lazimnya memakai watak-watak animasi dari filem fofular. Sedap giler kek ni sesuailah dengan harganya. Fondan dia manis2 buah gitu seimbang dgn rasa lemak kek keju yg dipilih. Kalau tak sebab ada ramai tetamu berkongsi rasa kek sudah tentu nak melahap lebih banyak. Minggu depan ada lagi jemputan tetapi masa tu timing tak sesuai. Lain tahun kita pegi okey?

Picture of the Other Side

Macam mana aku boleh tahu, yg aku spend most of my adult time being single? Possibly forever? The fact that I hardly write a love letter but received many of them at one point bothers me. Hang on! Banyak terima surat cinta kau bilang? Tambirang jugak kau ni. Terima banyak surat sinta konok. Jadi kenapa kau tapuji single kalau banyak terima surat cinta. Haiya diam! Belum habis cerita lagi ni. Ya betul, aku byk terima surat cinta. Ada yg dari sekolah sebelah, ntah dari mana pun aku tak pasti kekadang. Tapi semua tuh, bukan untuk aku. Itu utk orang lain. Aku jadi posmen je dgn menerima sedikit imbuhan. Bila dah pattern berulang, dah kau sendiri pun jarang menunjukkan minat pada sesiapa. Dgn pula tiada orang tertarik dgn kau, jadi what the heck lah kan? Menyolo lagi bagus. Selepas sekolah, sambung belajar pattern lain pulak emerges. Aku dah bukan posmen tapi jadi kak sri siantan. Ada kawan sanggup belanja makan, supaya aku boleh luangkan masa utk dgr rintihan cinta hati mereka. Mentafsir s...

Bulat Hati Ini

Aku sememangnya takde exes to brag about. Yg baik pekerti utk diingati. Yg comel utk dirindui. Yg aku tau solo lagi bagus. Kalau ada org nak kata aku jual mahal, silakan. Kalau yg berani kata tak laku pun tak pe. Hidup kita tak sama. Realiti hidup kita berbeza. Alah Zam, takan satu orang pun tak pernah minat? Kalau aku minat tu, banyak. Kalau orang yg minat aku tu mungkin ada kot. Tipulah kalau takde kan? Still, nothing to brag about. Really. Dalam banyak kes, aku pun tak pasti kenapa ada yg minat. Nilai sendiri dari cermin muka, kadang-kadang kau pun takut tengok. Jadi kenapa nak minat. Aku bukannya kacak, duit pun bukannya banyak. Alah, Zam kadang-kadang bukan itu yg org tengok. Tengok apa? Tengok hati dan perasaan lah? Oh, yg menjaga solat? Klise lah semua tuh! Kalau dah suka, suka lah. Tak payah nak carik sebab. Tak payah nak kata cakap sebab bulu hidung kau terjulur keluar lah, sebab telinga kau capang lah. Bila dah tak suka besok, lain pulak ceritanya kan. I know the script alrea...

Kau Adalah Epal Mataku

Seronok tengok citer nih. Seronok mungkin sbb aku masa sekolah dulu tak nakal dan setaik mcm budak-budak dlm filem ni. Masa sekolah dulu, apa yg aku buat, I keep it to myself. Down to earth. Not trying to be humble, but focused. Dpt keputusan, I keep it to myself. I don't compare like many did. Tak faham, tak puas hati tanya cikgu. Dah baik dan lurus saja, sudah tentulah tak femes. Lagipun utk apa nak attract myself into spotlight. Aku bukan pelajar paling kacak pun. Atau pelajar paling berbakat. Habis sekolah menengah sambung belajar pun, aku kekal memegang watak lone ranger. Toksah kata, bab cinta-cintaan, through out 10 years in UUM pun aku terus-terus dateless. Bukan tak mencari, tapi sudah lama menyedari, I was made that way. It's a good thing though, I don't have to worry about exes.

Atas

Belom masuk dah kena teriak ada promosi. Nampak sangat muka aku ni taik Speedy. Pekerja-pekerja Speedy pun dah kenal kat CP tuh. Bila masuk, sengih kerang aje minah tu di kaunter. Lain mcm aje jelingan mata dia tuh. Seakan taw aku bakal punggah balik byk BD. Nampak harga promosi tuh? Opkos lah tak lepaskan peluang keemasan ini kan. Habis menggeledah satu kedai, aku borong empat sahaja. Terima kasih tahun kambing. Esok-esok promo pulak bhg cerita bersiri ya Speedy! DVD pun tak kisah... Hew3x. Tak dan sampai rumah dah sibuk ambil gambar. Mmg lama dah ngidam ni dari tahun lepas lagik. Tengok harga asal terus mati nafsu. Dgn harga promosi ni dptlah aku beli citer ni pd harga RM44 (termasuk GST) sahaja. Jap lagi nak layan. Ada tema cinta-cintaan jugak ni. Tuh yg gedik nak beli...

Kenangan-kenangan Seorang Geisha

Boleh diambil sebagai filem romantik cinta-cintaan ke ni? Masa mula baca novelnya dulu pun, aku tak rasa cerita ni ada kena mengena dgn kisah cinta. Diselami halus-halus, rupa-rupanya itu lah plot utama cerita. Pertelingkahan Mameha- Hatsumomo dan persaingan Hastumomo-Sayuri hanyalah sebagai penyedap cerita. Bayangkanlah dgn hanya sedikit kebaikan yg diterima, Chiyo (later Sayuri) berazam untuk mendekatkan diri kepada lelaki yg banje dia makan eskrem. Satu cara sahaja dia -chairman kpd sebuah kampeni pembuat alat2 elektronik- boleh mendekatkan diri dgn lelaki itu adalah dengan menjadi Geisha. *pemikiran org zaman dolo2* Hatsumomo yg melihat Chiyo sebagai persaingan, telah awal-awal lagi cuba menghasut dia lari dari Okiya. Percubaan Chiyo lari bersama kakaknya, akhirnya menutup pintu Chiyo selama-lamanya untuk menjadi Geisha. Chiyo dijual ke Okiya. Dihantar ke sekolah menari, bermain muzik in return satu hari nanti kau jadi Geisha kau boleh tebus balik harga diri kau dgn skill yg kau be...

Makan. Tidur. DVD.

Kalau ikut novel asal, bercorak biografi, Liz memperuntukkan satu tahun untuk melawat tiga negara: Itali, India dan Indonesia. This is presented in the movie version, too. Selepas perceraian dengan suaminya, Liz in need to get to know herself back selain berhajat utk menulis buku tentang pengalamannya setahun mengunjungi tiga negara tuh. Liz was a writer by profession. First, she went to Italy to rekindle her passsion in food as well as to learn Italian. Gorged herself to find herself in bigger pants, four months later she flew to India for "I want to be near god" experience, meditate for inner peace. Final destination, she chose Indonesia (Bali to be exact) where she spent the remaining four months figuring out how to find balance between the extreme two above:pleasure and peace. If she could find any. But she did. In Bali, she rediscovered, LOVE. Basically that what her all solutions to her problem. LOVE. Yeah, the all omniscient, LOVE. Tapi semua ini tidak dihidangkan dgn ...

Terbangkan Ku Ke Syorga

Lama dah dalam simpanan nih, entah tahun bila beli, baru hari ni dpt layan. Tak tahulah kenapa terlepas pandang, mungkin masa beli dulu fikir nak carik masa yg sesuai fefeling cinta-cintaan... Ada banyak waktu terluang ni, apa lagi pasanglah sampai habis! Selain watak-watak filem ni yg sangat iconic, OST dia jugak mengesan. Pantang aje kdgrn latar lagu tema automatik mata mengenang dan mula la tangan landing ke dada kononnya menahan sebak. Kleenex! Malas nak cakap panjang aku tinggalkan korang dgn MTV lagu tema filem ni. Sementara ada masa terluang ni aku nak sambung movie lain pulak.

Surat Cinta

Sebak aku bila melihat watak Dr Yang meninggalkan siri tuh dua pagi tadi. Got goosebump bila watak Dr Burke muncul semula menawarkan jawatannya kepada Dr Yang. Bersatu kening bila dihujung episod akhir didedahkan yg Dr Grey has another sister. Possibly half sister. Dr. Pierce. Skrg head of kardio. Nak tahu apa seterusnya kena tunggu DVD musim ke-11 la pulak. Tak mcm tahun lps lambat mula tahun ni kita dah boleh marathon seawal bulan Oktober sehingga musim ke-11 available di pasaran. Sedap hidup hari-hari layan Grey's Anatomy ni kan? Tak payah buat kerja. Put that aside utk Oktober nanti, hari ni kita layan Love Letter (1995) la pulak. Gambaq dan sound mediocre at best. Maklumlah VCD aje. Begitupun okeylah dreamy quality filem tu still felt, evoke old memories. Bila menonton citer ni teringat kat insiden emel cinta tersalah masuk kantung inbox aku. Masa belajar dulu, pelajar ada diberi akaun emel masing-masing berdasarkan nombor matrik. Tersilap tengok kot, brother ni cilok matrik n...

Yg Almost...

Yg ditempah kemudian, itu pulak yg sampai duluan. Apa nak jadi ni? Mengomel aje kerja aku ni kan? Kita tarik nafas dan rilek2 sesambil minum milo panas. Habis siapkan entri ni kita sambung balik baca novel minah bertatu naga tu. Esok-esok setel Grey's Anatomy, kita layan lah citer ni. Membangkitkan nolstagia gitu kan. Teringat kan kenangan2 lama. Especially, yg almost tu kan? Yalah itu jelah kenangan yg ada pun. Yg almost . Itu pun dah kabur2 dimakan zaman. Samada usia sengaja memudarkan ingatan aku atau ada lagi kenangan baru yg bakal tercipta aku tak pasti. Yg pasti, aku selesa utk tidak mencipta "kenangan" lagi. Kebetulan pulak bulan ni, bulan cinta-cintaan jadi tak salah lah kita berjiwang dgn layan movie lakonan mantap Julia Stiles dan mendiang Heather Ledger ni. Kalau bernasib baik, harapnya bulan ni boleh dapat satu lagi muvie cinta-cintaan berjudul: Crouching Tiger Hidden Dragon. Sempena valentine ni fikir nak dapatkan satu lagi muvie, Love Letter. Bukan citer omp...

Sedikit Terkilan

Sanggup pergi bank-in duit RM40 ke akaun aku dan kemudian mintak aku bayar bil Asteruk melalui m2u. Kalau bayar online, sistem akan cepat update, katanya. Tahu pun, tapi kenapa masih tak buat m2u? Kalau senario yg aku cerita ni kisahnya dua tahun yg lepas mungkin lah aku boleh label sebagai tolong kawan. Ini dah jadi lain dah jadi menyusahkan sangat-sangat. Bukan tak pernah nasihat suh buat m2u, tapi setiap kali tu jugak masuk telinga kanan keluarnya sebagai kentut saja. Hari ni mcm tu jugak, mesej mintak tolong bayarkan Asteruk. Kalau jumlah tu byk, tak le jugak kita nak stress... Ini jumlahnya hanya RM11.50. Dah tu yg paling sakit hati aku dapat tahu dah ada org tolong bayarkan. Mesej aku lambat balas sebab aku off henfon, nak tidur. Biarkan henfon hidup mmg aku sampai bila tak boleh tidur lah. Agaknya lambat balas, dia pun mintak tolong orang lain yg juga kawan kami jugak. Dah mcm tuh, tak mesej pulak dah setel. Bayangkan lah kalau jumlah nya tadi RM111.50? Tak ke haru kerja aku. Bu...

Minah Bertatu Naga

Aku dah mula layan musim ke-10 Grey's Anatomy. Mcm biasa musim baru pick up where they left at the end of Season 9. Bukak2 je musim terus ada yg mati. Hurmmmpppfff... Setakat ni aku dah radu 7 episod pertama. Itu tak termasuk 3 episod dari musim ke sembilan. Total semuanya 10 lah yg aku marathon kan kemarin... Hew3x. Hari ni balik rumah sambung lagi mana-mana episod yg sempat... Kalau komited mcm ni, dua tiga hari dah boleh habiskan satu musim! Tak sabar nak jump ke Series yg lain pulak. Ini kerja aku bila onduty, selain top up tidur yg aku pakai buat nonton Grey's Anatomy. Novel ni aku baca balik, sbb tunggu BD dia dari awal bulan lepas sampai skrg tak nampak bayang. Entah-entah aku habis baca pun BDnya tak sampai lagi. Aku pesan yg versi si Craig Daniel tuh bukan yg versi Sweden. Yg Sweden punya aku dah penah tengok, donlot kat Internet je. The first 30 pages or so novel ni mmg rasa mcm nak lelap je mata baca. Namun bila ko dah get to the interesting part, mmg a page turner! ...

Marathon Dolok!

Sampai sekrg belum ada bunyik lagi pasal naik gunong. Dah tanya-tanya tapi tiada perkembangan lanjut jugak. Malas dah nak risik-risik kita anggap aje lah tak jadi. Fokus skrg nak sudahkan aku punya marathon Grey's Anatomy, now down to the last three episodes sblm masuk Season 10. Musim ke-9 ni mulanya mcm hambar sikit, tambah lagi watak2 penting seperti Lexie Grey dan Mark Sloan di matikan. Perlahan-lahan the season gain momentum when all the surgeons fight to gain back control of their beloved hospital. Introducing new characters, new interns seakan revitalise back the series but anyone can tell it was never the same without Izzie Stevens or George O'Malley in it. Knowing that Season 10 -yg bakal aku tonton nanti- is the last season for Dr Yang, buat aku sedikit nervous. I also looking forward to the reunion between Dr Burke and Dr Yang in that season. Ah cepatlah habis Season 9!!! I'm losing sleep dah ni to get to the Season 10... Hew3x.

Lampu Jugaklah Yang Kau Kesah

Valentine's day is around the corner. Tahun baru cina pulak menyusul selepas tuh. But all you care about, siapa hidup dan matikan lampu tangga? Tiga kali sudah saya nampak lampu itu tidak dimatikan, katanya. Kenapa nak kena tunggu tiga hari baru kau nak tegur? Haiya teruklah kau ni... Pemilik ambil kau, bayar mahal-mahal tapi sampai skrg takde plan nak tarik sales. Buat promosi ke hapa. Yg kau peduli lampu dimatikan atau tidak. Sekarang dah masuk Februari, tarikh renovation masih belum diumumkan. Janji hujung bulan hari tuh. Perlu ke I point that out? Tunggu tarikh renovation, baik aku buat renovation sendiri. Kemas-kemas bilik bawah kolong katil jumpa menda nih. Tandatangan retis ui simpan sampai skrg. Sesi pelakon dan pengarah filem Embun kot datang ke UUM buat promosi. Menyempat lah menyelit jadi jurugambar si kawan. Walaupun aku sendiri tak bergambar dgn retis2 itu, dapat auntograf ni pun jadi lah... Hew3x. Korek2 lagi ni ntah apa lagi yg aku jumpa. Renovation in progress katan...

Come Back

Ada satu hari nih aku rasa hampeh sangat. Talian telefon tiada, segala apa yg dirancang pun hanyut ke laut. Tengah berdengus kebengangan sorang2 tuh, tetiba ada plak duk limpas melambai-lambai. Tergaru-garu sendirian lah memikirkan siapakah gerangan orang itu. Keta tuh patah balik dan mendedahkan siapa pemandunya. "Baru balik kerja?", sapa pemandu tuh santai sebaik aku mengambil tempat di sebelah pemandu. Aku kalau boleh, tak nak jumpa dah pemandu nih. Inikan pulak nak tumpang kereta dia balik. Dah serba salah, orang pun dah pull over keta dia ke tepi jalan, nak tak nak terima ajelah pelawaan. Lima belas minit berikutnya, aku berasa canggung. Lagi-lagi lepas dia cakap dia baru balik hantar adik dia pergi sekolah. Jauh jugak, fikir aku. Papar dah takde sekolah ke nak pergi hantar ke Kinarut. Lagipun tengok jam dah nak pukul 8. "Nak turunkan di dalam atau di luar?", tanya si pemandu. Luar jelah di bahu jalan. Lebih cepat aku keluar kereta kau lagi bagus. Kadang-kadang...