Langkau ke kandungan utama

Surat Cinta

Sebak aku bila melihat watak Dr Yang meninggalkan siri tuh dua pagi tadi.

Got goosebump bila watak Dr Burke muncul semula menawarkan jawatannya kepada Dr Yang.

Bersatu kening bila dihujung episod akhir didedahkan yg Dr Grey has another sister. Possibly half sister. Dr. Pierce. Skrg head of kardio.

Nak tahu apa seterusnya kena tunggu DVD musim ke-11 la pulak. Tak mcm tahun lps lambat mula tahun ni kita dah boleh marathon seawal bulan Oktober sehingga musim ke-11 available di pasaran.

Sedap hidup hari-hari layan Grey's Anatomy ni kan? Tak payah buat kerja. Put that aside utk Oktober nanti, hari ni kita layan Love Letter (1995) la pulak.


Gambaq dan sound mediocre at best. Maklumlah VCD aje. Begitupun okeylah dreamy quality filem tu still felt, evoke old memories.

Bila menonton citer ni teringat kat insiden emel cinta tersalah masuk kantung inbox aku.

Masa belajar dulu, pelajar ada diberi akaun emel masing-masing berdasarkan nombor matrik.

Tersilap tengok kot, brother ni cilok matrik ntah sapa ntah end up mengayat aku.

Mula-mula fikir betul-betul ada peminat misteri yg nak berkenalan... Sedihkan? Tetapi selepas bbrp kali berbalas emel jelaslah aku brother ni nak berkenalan dgn someone else rupanya. Possibly a girl.

Mula-mula seronok jugak layan jejaka misteri ni yg suka berkongsi ramalan horoskop harian.

Mungkin desperate to know the person yg dia rambang nak kenal horoskop pun boleh jadi modal.

But I cannot be that cruel kan? So bila dia nmpk dlm senarai emel yg aku forward dan quiz me siapa Alizam Jonie aku decide utk berhenti.

Sebelum aku kantoi lebih jauh, aku cari identiti pengirim emel tuh dulu. Hopefully brother tu pun do the same lah.

Walaupun begitu, sampai skrg aku tak tahu siapa brother tu minat sbnrnya. Brother tu pun berenti emel sejak aku tak balas emel akhir dia.

Siapa orgnya kita biarkanlah saje part tu misteri ek. There are things better left unsaid org putih bilang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...