Langkau ke kandungan utama

Unleashing the dragon

Baru aku tahu apa yg terjadi pada 23hb. Kau fikir ada some stalker crazy enough nak selongkar arkib belog kau lah mulanya kan?

Syukur lah tidak. Entah blogspot ni buat polisi baru plak. Tak bleh ada yg lucah2 segala. Kalau Naked Burger tu bleh dianggap 'blue' aku tak tau lah yea.

Ketepikan tu, kita tengok apa aku buat sepanjang hari ni selain top up tidur bbrp jam di tengahari.


Tak sangka plak terjumpa bluray citer ni kat Suria Sabah semalam. Mmg lama dah jenguk2 kat ebay dan amazon nak angkut satu. Memikirkan nilai matawang yg kita yg merundum berbanding matawang negara asing tuh, aku tahan2 sikit nafsu.

Syukur dgn potongan harga jauh lebih murah, aku dpt angkut satu yg ini.


Nak dptkan harga promosi RM88 tuh kena angkut satu lagi lah. Bongkar punya bongkar, pilihan pun tak byk sgt kat Suria Sabah tuh, aku sambar yg ni dari rak. Baru je siap nonton sekejap tadi. Penyanyang plak mahkluk berbulu ni kan?


Masih dalam bulan Februari kan? Filem yg diibaratkan sebagai "Sense & Sensibility" + Martial arts, memerlukan kita layan dgn emosi yg tertentu. Kalau santai aje, mmg susah nak tusuk dalam hati. Utk tayangan pertama ni kita just follow to get the whole jalan cerita. Next view, kita catch up the nuances pula...

Setiap tontonan hendaklah di tonton dgn bermacam sudut agar ia sentiasa fresh walaupun dah byk kali layan, tak gitu?

Ada satu lagi bungkusan sampai hari ni, tapi nanti lah malam sikit aku perkenalkan isi kandungannya. Di lain entri, kita cerita lagi!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.