Langkau ke kandungan utama

Kenangan-kenangan Seorang Geisha


Boleh diambil sebagai filem romantik cinta-cintaan ke ni?

Masa mula baca novelnya dulu pun, aku tak rasa cerita ni ada kena mengena dgn kisah cinta. Diselami halus-halus, rupa-rupanya itu lah plot utama cerita. Pertelingkahan Mameha- Hatsumomo dan persaingan Hastumomo-Sayuri hanyalah sebagai penyedap cerita.

Bayangkanlah dgn hanya sedikit kebaikan yg diterima, Chiyo (later Sayuri) berazam untuk mendekatkan diri kepada lelaki yg banje dia makan eskrem.

Satu cara sahaja dia -chairman kpd sebuah kampeni pembuat alat2 elektronik- boleh mendekatkan diri dgn lelaki itu adalah dengan menjadi Geisha. *pemikiran org zaman dolo2*

Hatsumomo yg melihat Chiyo sebagai persaingan, telah awal-awal lagi cuba menghasut dia lari dari Okiya. Percubaan Chiyo lari bersama kakaknya, akhirnya menutup pintu Chiyo selama-lamanya untuk menjadi Geisha.

Chiyo dijual ke Okiya. Dihantar ke sekolah menari, bermain muzik in return satu hari nanti kau jadi Geisha kau boleh tebus balik harga diri kau dgn skill yg kau belajar. Tapi Chiyo sibuk nak lari tinggalkan Okiya dan menambah lebih byk beban hutang kepadanya. Dianggap sebagai pelaburan merugikan, Chiyo diberhentikan latihannya.

Tak boleh pakai budak ni, baik kau jadi maid saje! Mengabihkan borah aje.

Dah jadi mcm tuh sebagai penonton/pembaca hilang akal kejap. Kalau dah tak boleh jadi Geisha, mcm mana Chiyo boleh dptkan lelaki idamannya?

Nak dijadikan cerita, pada satu hari, Mameha pun datang. Okiya dia sendiri tidak mahu keluar belanja, Mameha menawarkan diri mengambil Chiyo di bawah sayapnya.

Chiyo anggap itu kebaikan, yg lain fikir, Mameha datang utk membalas dendam terhadap Hatsumomo dgn memperalatkan Chiyo.

Kita silap!

Kau fikir ada Geisha sanggup buat begitu utk Geisha lain?

Rupa-rupanya, Mameha membantu Chiyo atas permintaan lelaki itu, utk melatih Chiyo menjadi seorang Geisha!

The most desired Geisha, kunun.

Diam-diam dua-dua simpan rasa hati.... After all that kan? So sweet...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...