Langkau ke kandungan utama

Ubat Nyamuk

Nampaknya semalam ada orang bakar ubat nyamuk. Sekalipun, olok-olok.


Tade sangat nyamuk nak dihalau, aku plak fikir nak stop kejap kempen sengal yg aku buat di bbrp entri seblm ni. Kalau dah bosan sangat dgn hidup, elok habiskan bhg pertama trilogi tulisan Stieg Larsson tuh. Ada jugak faedahnya!

Kalau yg tak pernah baca, bhg pertama novel ni berkisar kepada penyiasatan yg dibuat ke atas misteri kehilangan seorang gadis, 36 tahun yg lalu.

Nak dijadikan cerita, bermacam teori dibentuk, menimbun fakta dikumpul, namun kesemuanya menemui kebuntuan. Tiada siapa yg dapat menjelaskan bagaimana gadis berusia 16 tahun itu lesap begitu sahaja tanpa dikesan.

Kalau mati, di mana jasadnya? Kalau lari, ke mana perginya.

Betapa hebatnya kena "trick" oleh Stieg Larsson. Aku sendiri pun mulanya terlepas pandang. Kalau bukan kerana kita terlalu obses dgn details, jawapannya dah boleh nampak awal2 lagi.

KLU pertama nasib si gadis sudah pun dihidangkan sedari perenggan pertama pembukaan novel lagi.

Misteri lah sangat!

The rest should explain in details apa yg terjadi kepada gadis tuh sehingga dia hilang secara misteri.

Walaupun tak habis lagi baca, esok tak sabar nak tengok versi filem lakonan Daniel Craig. Duduk di hotel, hari2 ngadap Astro buat aku muak. Balik baru bleh ngadap BD. Harap2 ada kejutan versi omputih nih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.