Langkau ke kandungan utama

Pelan B


Pikir nak hapdet lagi selepas entri yg sblm ni. Apa kan daya mata mcm dah nak tergam. Dari pipi grubble ni landing terpaksa atas lappy, baik kita tunda aje niat menambah entri baru tu ke pagi ni. Apa pun gambar di atas adalah ringkasan aktiviti petang kemarin.


Dengar khabar Sushi King buka satu cawangan lagi di Suria Sabah. Menggunakan alasan "Jom Rasmi Sushi King di sana", beratur lah kami beramai-ramai ke Suria Sabah.

Malang betul aku petang tu tak brapa sihat, tak begitu menikmati makanan yg dipesan. Begitu pun, "curry undon" yg terhidang tetap licin jugak disapu oleh encik Alizam Jonie.

Tema Jepun tak sudah di situ. Lepas tuh menyinggah ke kedai RM5, Daiso Japan beli masker dan tempat simpan baju kotor. Terbang lah RM15 di situ... Hihihi

Selepas tuh kami pun masing2 buat hal sendiri. Kalau nak tunggu sorang-sorang siap shopping barang diorang, alamat lusalah baru balik.

Aku tiada tempat lain, kedai Speedy jugak yg aku serbu.


Surprise plak bila nampak Game of Thrones musim ke-4 dah mula dijual. Nak tunggu gaji nampaknya, lambat lagi tuh. Nak tak nak sambar dan tutup mata masa bayar. Bajet lah sangat akhirnya tersungkur jugak. Wakakaka...


Lepas tuh kitorang pergi Sky Blu Bar, minum2 sambil dgr rancangan masa depan kengkawan kalau hotel shutdown nanti. Macam kamu ada PLAN B kan?

Aku tak nak dgr sangat apa yg bakal mereka percaturkan, aku memilih utk pusing keliling tempat ni ambil gambar. Lain kali pergi masa sunset kot baru cantik tempat ni.

Apa pulak rancangan aku kalau hotel tutup?

Aku pun tak rancang nak kerja forever di tmpt aku skrg. Fikir selepas satu tempoh aku nak carik jugak kerja lain. Kalau ada rezeki, nak carik kerja yg bukan perhotelan lah pulak. Nak kembangkan sayap ke bidang lain sambil mencedok pengalaman baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...