Langkau ke kandungan utama

Sama Rata & Berkira

Heboh pasal gambar baju biru berbelang hitam.

Biar apa pun penjelasan, saintifik sekalipun, warna pada gambar baju yg aku lihat adalah putih dan belang keemasan.

Bukan sesuatu yg pelik, atau tidak pernah didengar warna yg ditangkap pada gambar boleh berubah mengikut pencahayaan atau ada masalah ketepatan warna yg dirakam oleh kamera. Perkara biasalah tuh. Tak payah nak gaduh sangat.


Hari ni tak gaduh sangat pulak bila yg tak disangka sampai pulak lebih awal dari yg dijangka. Inilah bungkusan yg aku nak ceritakan dlm entri sblm ni. Filem komedi romantik yg menampilkan dua pelakon kacak Mark Walhberg dan Antonio Sabato Jr.

Hahaha... Gambar depan ada 4 org. Jadi dua lagi tuh tak kacak lah?

Ada unsur-unsur pilih bulu di situ kan? Saya faham...


Bungkusan dah terima, hamper pun dah dapat. Patutnya tahun lepas lagi hulur ni, tapi si kawan sibuk pulak. Okie lah kita faham kan... Cuma pembahagian isi hamper tuh yg aku mcm pelik sikit. Sama rata.

Sblm ni aku dah nampak cara pembahagian begitu. Aku tak komen sangat, sebab masing2 ada hulur duit bayar utk sediakan makanan tuh. Oleh tu tak salah lah kalau nak bawak balik baki yg tak habis sama rata.

Cuma yg tak sangka tuh bila hamper yg tak seberapa ni pun cara pembahagian yg sama jugak perlu dibuat.

Kalau aku mungkin tak kisah sangat. Tak ampit pun tak jadi isu. Kalau dpt aku mungkin akan ambil satu item dan yg selebihnya siapa2 yg nak boleh pilih sendiri yg mana diorang suka.

Bukan emas sekoyan bukan harta sepencarian pun. Yg penting niat org yg memberi tuh kita honor.

Skrg dah jadi mcm ni, aku hanya mampu terlopong saja.

Rasanya tak perlu jadi genius utk tahu  keadaan begini akan berulang lagi pada masa akan datang.

Semuanya terpulang pada aku balik.

Aku mahu lihat lagi keadaan begini atau tidak. Kalau tidak apa yg kau perlu buat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...