Langkau ke kandungan utama

Sembuh Dari Luka

Tengahari tadi sudahkan siri terakhir Maze Runner, The Death Cure, di GSC, Suria.

Sehari sebelum menonton ni rancang nak maraton dua siri sebelumnya. Ulangkajilah kekdahnya gitu.

Alangkah jahanamnya rancangan tu gagal 100%. Sedang sedap layan dlm 10 menit Maze Runner, tetiba *poop* mati karen.

Sampai habis bateri laptop, habis bateri henfon menunggu api kembali tetap takde.

Selera menonton menjadi tawar. Dari berita yg dikongsikan ada tiang letrik tumbang kena langgar kereta di bukit Melinsung. Tambah-tambah lagi keadaan hujan melambatkan proses pembaikan.

Sudahnya aku membuta aje.

Lebih kurang 11.30 mcm tu aku terjaga sebab terdengar TV memainkan semula pembukaan 20th Century tuh.

Aku sambung tidur sehinggalah sekali lagi aku terjaga dgn suara perempuan dari blok sebelah.

Pencuri, pencuri, pencuri!

Dalam keadaan mamai mengintai dari tingkap. Kelihatan seorang lelaki tak berbaju hanya berseluar bergegas masuk ke rumah paling bawah sebelum mengunci pintu.

"Sumpah aku nampak pencuri tuh... Pencuri, pencuri, pencuri!"

Adoiiii... mata aku ni dah le mcm kena gam2 makcik ni pulak entah dari pukul berapa dia melolong mintak org yg panjat masuk balkoni rumahnya dihakimi.

"Aku kenal orang tuh... Salah orang lah kau mau masuk rumah aku.. Kau fikir aku perempuan.. Aku takik jugak kepala kau!"

Security datang. Polis pun datang.. Tapi org yg dimaksudkan tetap terus mendiamkan diri.

Kalau betul org yg aku nampak tadi tu org yg dimaksudkan makcik tuh, perlu kah aku turun dan bagi tahu?

Sedar2 dah pagi.

Kedengaran hanya riuh burung bersiul.sekali sekala bunyi hon van mengutip budak2 utk di hantar ke sekolah.

Bodoh jugak pencuri tu nak mencuri di rumah makcik tuh. Rumah dekat pulak tuh.

Sesambil menyapu majerin ke roti putih, aku berspekulasi.

Jangan-jangan lelaki tuh dah lama masuk rumah makcik tuh sejak blackout lagi. Diam-diam ambil kesempatan dalam suasana gelap menyelinap masuk ke bilik anak dara makcik tadi bersengkerama...

Tau-tau makcik tu sendiri yg geli-geli di malam hari dgn jantan ntah mana... Siapa tahu kan?

Uish boleh jadi jugak kan teori jahat aku ni?

Harap2 bukan pencuri lah... Kalau betul pencuri naya aku. Dah le duk berjiran satu blok plak tuh. Nak saspek sapa lagi yg curi kalau ada barang di rumah di punggah?

Mampussss...

Nota bawah: Tajuk sesaje utk curi tumpuan pembaca... Hakikatnya takde kaitan dgn isi entri.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.