Langkau ke kandungan utama

Dua Ribu Tiga Belas Dalam Satu Entri

Entri kali ini cuba menyorot kembali kejadian-kejadian yg berlaku sepanjang 2013 dalam hidup aku yg sedikit huru hara ini.

Ada satu masa dalam hidup aku betul-betul rasa putus asa. Cerita rasa hati itu terkandung dalam entri A Ray of Hope. Sengaja aku tidak perincikan cerita, tetapi entri tu sebenarnya berkenaan tiga tempahan aku yg tidak sampai-sampai. But, by some miracle, two months later one of the parcel arrived unexpectedly pada satu pagi di bulan Januari! Kejutan tahun baru 2013 itu aku kongsikan kisahnya dalam entri The Parcels That Never Arrived.

Akhir Januari, peserta-peserta GEMS sekali lagi berkampung di hotel kami menambah pengalaman dan kenangan baru buat aku. Berbanding dua GEMS yg terdahulu, kali ini aku terlibat secara langsung menjadikannya lebih personal. Salah satu kejadian yg aku ingat sepanjang dua bulan bersama peserta-peserta GEMS ni adalah satu kejadian yg aku ceritakan dalam  H.Y.S.T.E.R.I.A. Kejadian ini terjadi di minggu pertama mereka sampai. 

Pada bulan Jun, aku sekali lagi terbang ke Kuala Lumpur utk menghadiri majlis pernikahan adik aku di Ampang. Aku tidak banyak terlibat dalam majlis ni namun aku tetap bersyukur kerana dapat berkenalan terlebih dahulu dengan adik ipar sebelum mereka diijabkabulkan. Lebih bersyukur lagi dapat adik ipar seperti Sarah, yg baik budi bahasanya. Majlis pernikahan mereka ada aku titipkan pada entri  From Ampang With Love dan Sarah & Firdz.

Joseph aka Josephine (baju merah) menang besar malam tu! Hew3x.
Selepas menjayakan GEMS, aku diberi kepercayaan utk menganjurkan Majlis Annual Dinner utk semua staf hotel. Walaupun tarikh malam yg dinanti-nanti itu terpaksa ditunda sehari lambat kerana memberi laluan kepada Majlis Hari Lahir Stacy, namun kemeriahannya tidak sedikit pun kurang. Malam itu digempakkan lagi dengan persembahan olok-olok pertandingan ratu pondan oleh Maintenance Department pada sesi penutupan. 

Selepas Annual Dinner desas desus aku mahu meninggalkan Walai ke Ming Garden tersebar. Dalam pada masa yang sama aku ditawarkan dua jawatan yg kemudiannya aku tolak. Pada mulanya aku sendiri pun kurang jelas kenapa aku tolak peluang yg jarang-jarang muncul ini. Rupa-rupanya tuhan ada rancangan lain utk aku. 

Dari mengalami senario yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran aku tetapkan hati percaya ada 'hadiah' utk aku kerana SABAR. Hadiah itu hadir dalam bentuk NDTS Coach Training Programme di pertengahan bulan November. Berkampung hampir seminggu di Promenade Hotel, menimba selain memperkaya pengalaman yg sedia ada. Tak lupa juga dapat berkenalan dgn kawan baru yg huhahuha tetapi berjiwa guru...

Walaupun aku tidak naik pangkat seperti yg dirancangkan oleh bos pada Ogosnya, rezeki aku tidak putus di situ. Hadiah sabar aku yg kedua datang dalam bentuk kenaikkan gaji. Julung-julung kalinya terjadi namun ia terjadi walaupun dalam keadaan pihak pengurusan mahu menjimatkan kos. Yg penting mesti sabar, kurangkan merungut dan terus beri yg terbaik. Ini juga akan aku teruskan dalam 2014!

Dua ribu tiga belas juga menemukan aku dengan cinta. Bbrp kali juga hati aku diketuk, namun semuanya terpaksa aku lepaskan. Adakah kerana calon-calonnya sendu? Sukar juga utk aku jawab. Tapi dalam hidup aku ini, pilihan hati itu nampaknya lebih mengatasi pilihan fikiran dan mata. Jadi biarlah hati yg menentukan. Jika ada jodoh tak ke mana jugak tuu...

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.