Langkau ke kandungan utama

Pok Pok Silap

Hari ni aku lah yg paling campin. Boleh-boleh aku bertekak dengan guest dari Australia. Yg bikin lagi panas, emak dan anak pun menyampuk macam diorang lagi tahu produk hotel ni dari aku.

Asalnya aku hanya sekadar mahu membantu. Terdapat kekeliruan dalam tempahan beliau. Setiba guest dari KKIA aku segera bertanyakan tentang tempahannya itu. Namun lain jadinya.

Dalam tempahan yg dibuat melalui Agoda, guest tu mahukan satu bilik yg mempunyai satu katil bersaiz queen, utk memuatkan empat orang dewasa (muat ke?). Tapi bukan muatan itu yg jadi masalah. Masalahnya skrg, bila terdapat satu SPECIAL REQUEST dalam tempahan yg menyatakan INTER-CONNECTING ROOMS.

Secara logik, tempah satu bilik macam mana nak inter-connecting rooms pulak?

Dah tau salah, si guest ni pun mulalah berdolak dalih... Nak bigger room lah. Nak extra mattresses lah...

Sure no problem, sir, but please be reminded, all these upgrades incurred additional charges.

I don't want to pay more than what I have paid, si angkol jambang bilang. *tangan ke dada*

Kekadang masa tu rasa nak tergelak jugak pun ada. Tapi demi tatatertib menjaga hati pelanggan muka terpaksa jugak diketatkan.

Sorry, sir I can't do that.

Mentang-mentanglah hotel ni mementingkan hospitality. Jaga customer. Ko sedap2 fikir ko dapat FREE lah bila ada kesilapan.

Inilah yg dikatakan pok pok silap. Mmg ramai guest yg mcm ni. Nampak mcm kaya, tapi trep2 mau free atau murah.

Kalau kesilapan tu datang dari aku mungkinlah aku admit. Aku arrange something else. Tapi ni dahlah tempahan ntah apa2, boleh2 pulak nak free hapgred.

Aku tak tau lah orang lain but I'm holding my fort here. Either you kena usir oleh aku cara baik, atau kau kena ikut cakap aku.

Solution to the problem ekceli senang aje. Please booked another room. The easiest way is to book directly with us. I'll arrange for a connecting room straight away for you.

Kau tau si jambang balas apa?

Mahal, kak ton! Mahal! Expensive, katanya.

Macamlah kau duduk Hyatt Regency atau Sutra Harbour, fikir aku, sambil aku tersenyum kelat.

Akibat kejadian itu tadi tahi lalatku telah beranjak latitudnya.
In the end, the Adam's Family tempah jugak satu bilik lagi tetapi melalui Agoda. Kan senang kalau ko ngaku ko salah awal2 lagi. Tak le aku buat muka geram dan sopan santun yg terpaksa dari tadi. Sakit tau muka aku buat macam tu! Risau nanti cepat tua plak! Hew3x.

Ulasan

  1. caption kat gambar tu memang tak bleh blah haha

    BalasPadam
  2. ek? ko nk puji aku ensem tu kan...

    BalasPadam
  3. Hahaa sabar ja laahhh dengan customers mcm ni. Sometimes this people kurang bertamadun dr kita. Kuikuikui..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.