Langkau ke kandungan utama

Entri Biasa Je


Tersangkut plak kat Anjung Soka tadi gara2 hujan. Ekceli ke Anjung Soka tu dgn niat nak belanja Babu Kuntum sebab dia tolong hantarkan mesin senaman aku tuh mlm smlm. Tengah2 tunggu hujan reda tuh aku snap air hujan. Test adjust shutter speed dan ISO manually.

Kembang2 hidung bila dapat rakam manik2 jernih tuh... Huhuhu... Macam hebatlah sangat konon... Kesakaian.

Klik pada gambar utk zum manik2 tu lebih jelas.


Ni alat senaman yg sampai kemarin tuh. Okay jugaklah. Rasa macam naik gunung aje bila naik atas mesin ni. 30 minit gelek2 ke kanan ke kiri lencun jugak lah seluruh badan. Baru dua kali buat setakat ni. Sebelum subuh dan selepas balik kerja tadi. Target 30 minit sehari pun memadailah.


Ini sajalah dinner aku mlm ni. Nasi putih dan kari puyuh. Mulanya tak nak makan tapi lepas bersenam tuh mcm bergegar lutut pulak. Jadi jamah le sikit buat alas perut. Esok kita cuba dptkan heavy breakpes la balas kelaparan ni... Ngee.. Itupun kalau ada yg menyelerakan.

Ulasan

  1. bukan best... marvelous! fuh lencun. mcm latihan daki gunong. lenguh sikit kaki. tahan sikit tu mmg seronok la. pasang lagu hindi ke trus di hantar ke banjaran himalaya mendaki di sana.

    BalasPadam
  2. kalau mcm tu bagus pasang lagu sayang sayang kinabalu bah

    BalasPadam
  3. wajib. sasaran naik gunong dari mensilau plak ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.