Langkau ke kandungan utama

Don't Argue With Idiots

Tak tau nak kata bengap ke apa kes yg terjadi kat aku ni. Tak pasal2 buat naik darah aku pagi2 ni.

Petang selepas balik kerja dapat mesej dari my staff berkenaan mesin kredit kad.

Normal procedure utk kredit kad, kami akan swipe utk pre-auth dahulu. Verification bagailah kalau kau nak explain pada guest. But the actual thing is, kita block amount of money. Kalau tunai dah tentulah kita ambil deposit kan? Kalau kad kredit mmg lah tak dapat... Jadi satu caranya ialah pre-auth. The actual amount akan dicas upon check out melalui another process called pre-comp.

Amaun yg kita 'verify' tu, just as deposit, akan lebih besar lah dari harga bilik yg sebenar.

Jadi my staff ni bijak dok hado, bising keluar error on her first attempt to verify the card.

Percubaan kedua pun sama resulting similar problem.

My first hunch bila terbaca explanation mcm tu - sbb aku pernah alami when there's nothing wrong with connection and the card itself- suruh my staff tu check paper supply tuk mesin tu.

Adakah kertasnya tersangkut? Longgar? Atau entah2 habis?

Aku punya simple instructions tu tak diendahkan... My staff carried on explaining yg kononnnya masa dia buat verification tu ada kilat yg menganggu bekalan elektrik

Aku renung skrin henfon aku sambil berfikir, dramatik jugak?

Aku check jarak masa antara percubaan pertama dan kedua tak lebih dari tiga minit je pun (semak transaksi dalam mesin)

Yg merumitkan keadaan, bila si guest dapat SMS dari bank pengeluar kad kreditnya berhubung transaksi yg terjadi di hotel kami.

Panik lagi lah my staff tuh sbb guest tu dakwa dia dah kena cas...

Aku pun blur. Kalau setakat pre-auth utk kad kredit, pemilik kad kredit belum dicas lagi. Utk pastikan lagi, aku mintak my staff tengok kan pre-auth receipt dia. Betul kah guest ini pakai kad kredit atau tidak?

Mesin tak cetak sebarang resit katanya? Apa yg aku nak rely skrg for making any deduction to what happen?

Begitu pun, aku makin yakin masalah sebenar di sini adalah paper supply mesin kredit kad tuh.

Aku ulang sekali lagi instructions asal aku, in hope my staff boleh tolong reprint last few transaction yg berlaku pada mesin. Nak information to guess apa yg terjadi kan?

Sebaliknya lain pulak yg terjadi. Tak pasal2 aku kena tengking. SUDAH DUA KALI KAU BAGI TAU tu dia cakap. Yg penting for my staff ialah... Error yg terjadi adalah kerana kilat dan hujan di luar...

Ada dgr pepatah, Don't argue with idiots? So I leave it je lah kan. Esok sajalah aku setelkan aku cakap.

Sampai ditempat kerja pagi ni, aku terus check mesin kredit kad tuh. Seperti yg aku jangka itu lah masalahnya. Paper supply dah habis kena ganti roll baru. Error keluar bukan traksaksi tu gagal... Sebaliknya disebabkan kegagalan mencetak.

SMS yg guest tu dapat, aku saspek hanyalah alert dari pihak bank kerana berlaku aktiviti yg mencurigakan. Dalam kes ni... Dua kali buat verifications!

Kadang2 kita manusia bukan sebab bodoh kita bertindak buat perkara yg merepek, sebaliknya disebabkan kita merasakan apa yg kita buat tu lebih penting dari orang lain. Apa yg terjadi pada diri kita tu overwhelm others. So apa pun yg org cakap, kau dah tak dgr... Masalah kau lagi penting.

At the end org label ko bodoh dan sekaligus tengok muka kau pun menyampah!

Ulasan

  1. hmmmm.... itu la tanak dgr ckp kan...apa2pon ko dh jadi ketua la kan...dh ada staff bawahan....:)

    BalasPadam
  2. Kalau bentingal tu bentingal jugak...tak makan dek ajar. Asik ikut kepala & angin dia, abis tu orang lain takde angin la kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...