Langkau ke kandungan utama

Batu Rejam

Aku rasa kerja mana2 bidang pun mmg akan jumpa org talingul; payah diajar bagus dok hado macam yg aku ceritakan dalam entri sblm ini. Begitu-begitupun, dari yg kau rasa bengap sangat mcm nak hantuk kepala dia ada lagi yg lebih menjengkelkan tapi kau tak boleh nak hambur dia: guest.

Yep, guest (aka where's the money belong).

Terutama sekali, guest yg terlebih kreatip


Ekceli tade kes pun tapi kalau dah dinamakan guest bahalul, batu2 comel begini pun baru nampak dah sakai.

Budak cakap: Cantik batu ni mak!

Mak budak tanya: Batu ni dibuat dari apa?

Bapak budak pulak ikut curious: Batu ni utk apa?

Saya jawab kat budak-budak ni:  Batu tu mmg cantik asalnya utk hias akuarium skrg kami guna sebagai pemberat utk elak risalah tu dari terbang. Saya tak tahu pulak batu tu dibuat dari apa, tapi saya boleh bagi tahu di mana boleh beli batu2 tuh. Mungkin di situ cik boleh tanya sendiri dgn tukang jual dari apa batu tu dibuat.

Ha dapat markah penuh terus. No wonder I budak straight As. *buat muka temberang depan student I*

Peh... Hakikatnya, hampir2 mengalami perpeluhan ketiak aku bila cuba mengingat balik jawapan skema peperiksaan Bahasa Melayu kertas 2 ini.

Baru baca skema jawapan tuh. Kalau pun dihafal biarlah intonasi tu terkawal (sembunyikan rasa grigitan tuh) serta dituturkan dengan suara yg lunak lagi menyenangkan. Seolah-olah itulah perkara yg sememangnya boleh membantu menambahkan pengetahuan guest kita. Padahal dalam hati... mau aje aku cakap kat bapak budak tu pelan-pelan in low voice...

UNTUK REJAM ENCIK ANAK BERANAK!!!!

Ulasan

  1. Kalau kau cakap mcm tu...rasanya berlarian drg minta telan batu belah batu terlungkup...muahhahahaha!

    BalasPadam
  2. Aku imagine muka dorank terbuntang dgn riak air muka saya salah tanya ker?

    BalasPadam
  3. Kalau faham sindiran...kalau tak faham? Kita sula!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...