Langkau ke kandungan utama

Cerita Cuti Tiga Hari

Takde apa sangat pun yg aku buat. Mostly duduk rumah dan rest. Top up tidur by napping di tengahari.

Tempoh normal nap aku pun biasanya paling lama pun sejam. Kali ni aku cipta rekod sampai empat jam yea! Ganas tak ganas? Nampak sangat betapa letihnya aku. Sejak bapak kena angin ahmar hari tuh, cuti kali ni baru merasa rehat lebih sikit.

Even then, tak banyak pun yg aku perlu buat kat rumah. Mengemas? Muka aku ni? Jangan haraplah!

Jadi bila celik tu kerja aku takde lain antaranya mengadap movies lah.

Satu yg aku dah rancang nak sudahkan utk cuti yg panjang beno ni ialah X-Files. Tak banyak pun lagi sebenarnya. Ada bbrp episod lagi berbaki itu pun dari musim ke sembilan dan satu feature film.

Aku pun dah lupa kenapa aku beriya sangat nak tengok siri ni pada mulanya. Masa ditayangkan kat tv dulu pun aku bukannya folo sangat. Aku rasanya mula layan siri ni dalam musim ke empat. Sebab ada satu episod tuh yg buat aku AHHHHHH... Terimbau letteww...

Aku cerita pun apa yg aku terimbau tu di sini rasanya tak make sense sebab yg aku ingat tu seconds je dari entire episode.

Ada jugak babak lain mcm Scully cuba rasionalkan hadiah pemberian Mulder, yg dia fikir ada maksud tertentu tapi sebenarnya tidak. Mulder bagi hadiah harijadi tu sebab dia fikir menda tu cantik je pun.

Kenapalah kita suka rumitkan sesuatu dengan fikir yg bukan-bukan kan?

Keseluruhan box set X-Files yg aku miliki ni ada sembilan musim termasuk dua feature films. Bagi aku lah, X-Files ni patutnya dah dari musim ke enam lagi ditamatkan... Paling tidak pun musim ke tujuh.

Kalau tak tahu, X-Files ni secara kasarnya berkisar kepada kes penculikan adik Mulder, Samantha. Mulder menjadikan unit terpinggir dalam FBI, X-Files - kes2 yg tiada penjelasan logik - sebagai alat dia utk mencari semula adiknya yg kononnya dilarikan mahkluk asing.

As the series goes, menampilkan byk kes2 pelik, tetiba dalam pertengahan musim ke enam nasib Samantha selepas dia diculik didedahkan. Mungkin sebab itu, musim berikutnya X-Files dah macam melalut dan byk pulak watak yg tak patut2 diperkenalkan.

Dalam musim ke tujuh ada satu episod yg aku ternanti-nanti nak tengok. Aku dah tak ingat tajuknya tapi episod ni pasal jinniyah yg boleh menunaikan tiga hajat manusia. Kalau biasa kita tengok citer begini mesti jin dia keluar lepas kita gosok lampu minyak tanah. Kali ini lain sikit... Keluar dari karpet!

Takan sepanjang-panjang cuti tu aku layan X-Files je kan?

Uishhh... Ada... Aku marathon tiga filem James Bond lakonan Daniel Craig. Dah tengok kali ni rasa mcm nak tengok lagi dlm masa terdekat.

Tak tau lah apa yg aku nampak pada watak James Bond di tangan Daniel Craig yg orang lain tak nampak. Somehow his version mcm aku boleh "connect", boleh aku jiwai...

Seakan aku faham isi dalaman Encik Bond walaupun watak tu tak cakap byk. Jauh sekali mimik muka dia yg most of the time tak byk variety (berkerut sakit atau selamba aje).

Seperti yg aku baca ada dua lagi filem James Bond yg akan menampilkan Daniel Craig sebagai pendukung utamanya. Tak tau lagilah bila rilis, tapi dalam kepala dah rancang nak tengok kat panggung... Hehehe...

Dah semua habis tonton, apa pulak aku nak buat cuti lain kali?

Mungkin nak ulangtayang balik Grey's Anatomy. Macam kengkawan?

Ulasan

  1. Nak prektis lagu Skyfall lah mcm ni..boleh fefeeling Adele versi muslimah...tak gitu? *betulkan tudung*

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...