Langkau ke kandungan utama

Secret Club

Aku paling pantang dengan orang yg memandai atur hidup aku. Lagi2 kalau orang tu rasa he had the upper hand.

Ingat lagi aku kisah kat pesbuk bbrp tahun sudah. Kesnya takde lah serius sangat. Kisahnya gara2 nak ambil hati kawan, tak pasal2 aku terima mesej amaran.

Aku lahir dari generasi yg minat cerita2 Jepun. Jadi bila ada games di pesbuk, cipta nama "Jepun" kita berdasarkan suku kata nama asal kita aku tak ketinggalan lah jugak mencuba.

Memandangkan si kawan dah perkenalkan games tuh, to further ambil hati dia aku tukarlah nama profil pesbuk aku. Tup-tup lain jadinya.

Tak pasal2 aku dapat mesej amaran untuk mengeluarkan aku dari senarai rakan "orang tuh" kalau aku tidak tukar nama profil aku kepada nama seperti yg tertera pada IC aku.

And I was like???

Ekceli aku pun tidak berniat nak pakai nama olok-olok tu selamanya. Sekadar suka2 je pun kan. Cuma ko fikir lah sikit. Servis pesbuk ditawarkan percuma dan terpulang kpd pemegang akaun tu lah nak buat apa dengan akaun tuh.

Yg ko pulak memandai letak peraturan kepada pengguna pesbuk lain apakehal? Pesbuk ni kau punya? Dan aku pulak ahli Secret Club ko?

Bukan aje nama mesti sama mcm dlm IC. Gambar pun mesti gambar yg sebenar.

Apa pun niat kau, kalau aku dgn nama asal ke gambar asal ke kalau tak ditegur di pesbuk mmg takde makna jugak.

In the end, aku remove orang tuh. Takde pekdah aku nak simpan org mcm tu lah buat menyemak aje. Kalau bab2 nama dan gambar pun dia nak masuk campur. Esok2 entah apa pulak yg dia nak letak rules.

Tak boleh letak tu... Tak boleh letak ini... Jangan pos itu... Jangan pos ini... Hey, suka hati aku lah. Kalau tak suka kau boleh blah!

Kalau kau takde dlm friend list aku pun tak rasa kekurangan pun!

Ulasan

  1. Aku sokong sangat! Teringat pulak aku pernah di remove cuma pasal aku letak gambar anak buah sebagai profile pic. Sebelum remove dia send message dulu). Katanya sebab dia nak interact dengan aku, bukan anak or anak buah aku. Aku jawab, masalahnya pernah ka kau interact dengan aku selama ni? just friend macamtu je kan? So sila remove aku dari friendlist kalau kau nak. Gambar aku sukati aku. Ko boleh blah.

    Tak suka tau orang mcm ni.

    BalasPadam
  2. tu lah masalahnyer. ekceli tak relevan pun hal ni. cthnya alamat emel kita yg mostly tade pun nama kita langsung. pikachu82@koko.com kalau nak cakap... nama sebenar Fatimah Juling.

    kekadang org2 mcm ni saja nak buat kecoh. malas nak kenal org2 yg ada dlm list dia. jalan paling senang buh muka kita. kenal nama kita.

    BalasPadam
  3. Kalau tak suka, just remove la kan. Takyah nak letak syarat bagai, kasi amaran, kasi message bla bla bla...

    Aku cakap macam ni sebab aku practice, selalu tapis friendlist. Tak accept friend request secara membabi buta. Kalau aku rasa kau annoying, aku remove terus.

    Kan senang?



    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...