Langkau ke kandungan utama

Meraban Di Pagi Hari


Datang awal pagi dan menatap sisa majlis pra-perkahwinan yg berlangsung malamnya.

Aku merenung kosong sambil menghitung sisa berapa hari lagi nak bekerja. Isnin depan aku mula cuti tiga hari.

Tiga hari aje lah yg mampu.

Perut berkeroncong sedikit. Nama aje mcm sarapan roti tapi perut masih rasa kosong. Tak lalu nak makan sbb roti yg aku kunyah seakan karpet, kenyal tuk ditelan.

Tengah2 sarapan tu boleh2 mak aku bising suh carik org ganti aku. Nak ke hospital katanya tiada org jaga bapak.

Kalau ramai orang utk ganti tempat mungkin lah aku tak kisah sangat. Malangnya staf tak ramai. Kebetulan pulak mulai hari ni ada yg bercuti sampai Ahad nanti.

Nak jugak aku jawab pada mak aku yg bapak aku tuh bukanlah disable sangat pun nak kena jaga setiap saat. Boleh bangun, dan boleh jalan berpandukan tongkat pun.

Tapi kalau aku dah bukak mulut, komfem lah meleret panjang kan. Sasaran aku pastilah kes tidak puas hati aku berkenaan pembelian kerusi roda hari tuh.

Dah ditegah, dibeli jugak kerusi roda tuh. Macam cacat sangatlah bapak nak berkerusi roda bagai. Skrg nak buat apa kerusi tuh? Perhiasan?  *sambil menjengil mata kalau dialog ni aku tuturkan*

Aku hanya mampu mengeluh.

Tak cukup dengan situasi di rumah, dengar pulak kawan ditimpa musibah. Perlu pakai duit satu ribu katanya utk bayar saman. Tak tolong tak sedap hati pulak.

Duit yg ada pun, aku jimat2 utk maintain perbelanjaan bulan ni.

Entah sapa punya idea, aku ngikut aje, kami pakat tolong ramai2. Dari jadi "hutang" duit yg ada kami jadikan duit "tarikan".

Yg perlu duit tu tarik bulan ni... Bulan depan giliran orang lain pulak.

Harap2 giliran aku lah bulan depan. Sebab dalam bulan sepuluh gitu kononnya nak gi bercuti-cuti di USS. Hurmmm... Dalam keadaan begini ada hati lagi nak berjoli tuh.

Bukan idea aku. Adik dan ipar gua punya idea.

Katanya sebagai sebahagian rancangan meraikan adik2 kitorang yg dah habis kolej dan UPSR. The more the merrier lah kiranya kan.

Tengoklah kalau ada rezeki yea? Dan yg penting cuti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jumpa Kawan Lama

Hari ni tunaikan permintaan kawan sekolah jumpa. Ikutkan tahun-tahun sudah lagi boleh. Malah sejak balik Sabah, 2006 lagi dah boleh atur pertemuan. Setiap kali makcik ni timbulkan topik maw jumpa setiap kali tuh jugak aku tak endahkan. Bukan tak mahu jumpa tapi malas nak menjawab soalan.. J: Kenapa kaw blom kawin? A: Sebelum kaw tanya aku tanya yg lain dulu. J: Ya kan. Tiga jejaka paling hot blom kawin kelas kita tuh kan. A: Kitaiiii... Tidak termasuk list pulak saya tu kan!!! Hot ko panggil? Salah pandang org fikir aku sot barangkali. Kawan sekolah yg dua lagi tuh mmg yelah kot hot. Ada aje yg nak berkenalan. Dalam kelas pun aku tengok sampai dua tiga org simpan perasaan. Itu sekolah. Sekarang kalau dibandingkan dgn kita ni keje leceh-leceh je. Dah tu selekeh pulak. Yg mereka tu, sorang pramugara tampan sorang lagi cikgu bergaya. Manalah kita ni sepadan! Kenapa diorang tak kawin lagi, aku pun tak tahu. Dan aku pun malas nak ambil tahu sebenarnya. Janji lepas diorang dua jumpa jodoh ma...

Bapak Saudara Saya Tengku!

Sedikit berkecil hati dan marah bila pagi tadi bertengkar dengan guest. Halnya kecil saja, tapi tak seronok pulak bila dicurigai cuai. Elok2 dah sediakan semua sebelum check-in pagi ini aku dimaklumkan tidak menyerahkan baucar sarapan kpd guest budiman ini. "Anak-anak saudara kata, mereka terima kunci saja. Tiada baucar." Aku tunjukkan keratan salinan baucar yg aku telah serahkan. Tapi minah depan aku ni bukan main lain lagi. Mula capai telefon kol itu dan ini utk mengesahkan cerita. Lagipun, apalah ertinya ada keratan salinan baucar tuh kalau tak diserahkan baucar sebenar? "Jadi kami tidak dapat breakfast lah ni?" Bukan tak dapat tapi terpaksa bayar lah. "Okay, tak pe. Tak boleh breakfast tak pe. Tapi saya nak komplin. Saya nak komplin dengan bapak saudara saya. Bapak saudara saya tengku!" Tengku tak tengku. Bapak saudara kau pun akan ketawa kan anak2 saudara kau tu. Cuai sangat hilangkan baucar sarapan! Tak cukup tuh, maknya pulak kol. Lagi sorang yg nak...

MiChat

Lamanya tak hapdet. Sendiri pun dah lupa2 ada blog. Kalau dah singgah sini tu mestilah ada benda nak diluahkan. Macam tak tau pulak... Ah jom kita sembang... Bawaklah jajan masing-masing. OK kita mula... Dua hari sebelum tahun baru 2026 menjengah, entah macam mana sesambil aku tunggu masa nak balik kerja, aku selak2 Google Play. Selak punya selak ternampaklah satu apps bernama MiChat. Aku pun rasa macam ahhhh... Jom cuba. Dah selesai pengesahan semua, maka tiba lah masa nak tambah kenalan. Macam biasa, mana yg dalam kontek fon kita ada akaun MiChat itulah yg dicadangkan dulu. Aku sebelum nak tambah semua, harus tapis dulu. Mana yg tak patut kita siap2 sekat. Takdelah menyusahkan kita di hari kemudian. Bila sampai satu nama ni... Aku rasa pelik. Siapa pulak ni. Seingat aku takde nama ni dalam senarai kontek aku. Bio pulak ditulis... 💜S.H.E.M.A.L.E💜 Ah sudah, gumamku... Akaun dia "not fake" katanya. Mujur akaun tu ada gambar jadi aku bukak la tengok... Terkedu kejap aku bila ...