Langkau ke kandungan utama

Akibat pasang dan surut


Ada tengok video aku dalam entri yg sebelum ni? Kalau korang perasan ada sedikit kesilapan fakta di situ.

Dlm video entri sebelum ni aku ada menyebut, kita boleh berjalan kaki ke pulau tuh bila air pasang. Bayangkanlah kalau air pasang... Kompom lah kau berenang mcm ikan paus ke situ kan? Itu kalau ikan paus yg pandai berenang. Kalau yg tak pandai berenang? How lah?

Give me chance to set my fact straight once and for all. Apa yg aku maksudkan sebenarnya adalah apabila air laut surut maka boleh lah merentas laut tu menuju ke pulau2 tuh.

Ada faham? Tak faham sudah lah kau!

Anyway, sejak aku kerja tiga tahun kat hotel ni bagaimanapun belum pernah lagi pijak kaki ke sana. Dengar citer ada mcm resort kat serpihan2 pulau berdekatan.

Ada jugak satu pasangan guest dari Eropah yg menginap di hotel kami meluahkan hasrat ke sana. Sudah menapak ke sana. Hampir mendekati destinasi mereka berpatah balik.

How meh? Air dah naik ke? Tanya aku dalam bahasa Inggeris broken.

Tidak, bukan mcm tuh dia jawab (korang bayang jelah ni dah dialihbahasa). Masa pasangan ni nak sampai mereka nampak ada anjing kat pulau tuh. Mereka patah balik sebab takut diganggu oleh anjing2 tuh.

Tepuk dahi gue.

Kalau korang tak kacau kuyuk2 tuh, kuyuk2 tuh tak kacau korang lah bah! Adeyyy...

Akhirnya faham, kini giliran pasangan tuh pulak tepuk dahi.

Cuma soalan yg aku tak boleh blah dari dua ekor mat saleh ni ialah bagaimana kuyuk2 tuh boleh berada di pulau tu?

Takan pakai perahu atau speed boat khennn? Macam korang lah jugak pakai kaki aku jawab dgn nada sinis menutup bicara.

Ulasan

  1. Hadoi...soalan jenis apakah itu?
    Apa dia pikir anjing x pandai berenang?
    Anjing tak pandai merentas jalan ke pulau tu time air surut?
    Be, wau, nge, wau, kaf..jawab sendreyyy

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.