Langkau ke kandungan utama

Gink Do'ot

Destinasi kami petang ini adalah Sushi-King, cawangan 1 Borneo Hypermall.


Perjalanan kami yg memakan masa hampir dua jam - sudah tentunya akibat jem - berbaloi bila masing-masing datang dengan perut kruk kruk.


Sebagai pembuka makan malam aku sambar Chuka Iidako (RM4.00) - dari rel hidangan terus ke meja makan. Melihat Babu Ros yg sudah di piring ke tiga, ikut standard tu, aku dikira dah ketinggalan banyak lahapan.


Tidak mahu ketinggalan, aku jamu selera  pula dengan Ebi Fry (RM6.00). Memenuhi selera tekak, aku cadangkan sushi yg sama kepada Jejel yg turut mengakui keenakannya.

Jejel bagaimanapun tidak begitu galak mengambil sushi dari rel berbanding aku dan Babu Ros. Maklumlah sudah menyinggah Doss sblm ke sini. Aku dan Babu Ros pula rasa masih boleh isi lagi tembolok berdasarkan anggaran bajet berangan kaya.


Dengan tema, alah bukan selalu datang pun aku kerjakan lagi sushi berikutnya dgn Unagi Slice (RM6.00), walaupun masa ni dah pesan satu set bento.


Masih menunggu pesanan aku, aku teruskan menjamu diri kearah kebankrapan. Kali ini Sushi dengan Ebi Onion (RM5.00). Rasa dia? Macam sedap sangat hidup malam ini!


Fuh kena pada selera! Yakiniku Bento (RM20.90) ini berjaya memuaskan nafsu maging aku malam ni. Licin aku kerjakan pan fried beef with mixed vegetablesnya itu. Anggaplah itu sebagai tanda pujian yea!


Tak cukup bento, aku tambah pulak menu Fried Soft Shell Crab ni. Meskipun isi ketamnya dah kecut harganya tidak ya. RM17.90.


Yg ni silap besar lah ambil. Pijar jadinya muka aku sejurus sahaje sushi ni meransang deria rasa di ruang mulutku. Mana tidaknya di bawah isi udang tu rupa2nya diletakkan wasabi sejemput. Kalau tak biasa makan pedas aku rasa di situ jugak aku teriak mintak air sejuk.


Malangnya air yg dipesan lemon tea panas ni. Merasalah kau betapa kicknya wasabi.

Selesai menunaikan hajat Babu Ros yg terliur makan Sushi-King sejak bulan lepas, kami pun meninggalkan tempat kejadian dengan poket yg lebih nipis dari sebelum kami datang tetapi tebal dengan kenangan indah.

Dalam perjalanan balik kami merancang tempat makan seterusnya. Dim Sum, kata Babu Ros.

Sedia duit lebih lah nampaknya akan datang.

Ulasan

  1. Hmm..mm mau mkn lg oo tu udang tempura..sedapp ni..haihhh..x pa la walau nipis poket..berbaloi jg ni..next destinaion..dm summ..kumpul2 bajet dlu..hohohhh..

    BalasPadam
  2. Kirja keras la ujung taun ni utk lawatan berikutnya... ngap!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.