Langkau ke kandungan utama

Bebelan Hujung Tahun

Tahun ni tak habis lagi. Tapi bila tengok tarikh 2016 serasa mcm tahun lepas pulak.

Dalam kepala aku dah mula merancang-rancang. Apa rencana 2017 aku? Apa yg syok?

Bbrp hari sebelum sambut hari jadi yg ke-38 aku ada bermimpi pelik. Dalam mimpi tuh aku berada di sebuah rumah agam. Dalam rumah agam tu ada seekor gajah.

Ada jugak aku tilik2 maksudnya melalui halaman web. Memandangkan mimpi tuh semacam membawa petanda yang baik aku tak ponder lama2.

Yg aku ponder ni sebenarnya apa yg bakal terjadi tahun hadapan?

Akhir 2015 aku dah mula fikir utk mula menabung.

Tahun 2016 yg sedikit selo ni aku dah cuba disiplinkan diri menabung. Mmg telan air liur je nengok duit masuk tabung. Tapi sampai bila nak shopping aje kan?

Dengan usia aku yg dah nak masuk ISYAK ni takan masih tetap simpan rm50 sebulan. Paling-paling pun kena tabung minimum RM500.

Tahun depan takan nak simpan RM500 sebulan lagi kut?

Kena top-up lebih lah dari sepatutnya. Target-target RM1000 lah sebulan tengok bagaimana.

Terbeliak mata Zalitun kalau baca nih. Maaflah ya. Nafsu nak membeli itu ini nampaknya terpaksa dikekang demi masa depan yg secure financially.

Sambil2 tuh ada jgk survey simpanan tetap dan jugak pelaburan emas. Ada duit lebih boleh cuba-cuba.

Hal-hal gajet mmg tetap jugak ada dalam kepala. Tak berpisah Alizam dengan gajetnya!

Baru cerita menabung dah mula cerita pecah tabung...

Mata aku dah mula melirik-lirik dengan GoPro Hero 5 Black. Camera action seperti GoPro ni aku agak kurang tertarik kerana rata-ratanya tidak dilengkapkan dengan skrin preview. Hero 5 Black mengikut jejak Hero 4 Silver kali ini didatangkan dengan skrin plus kalis air.

Menarik tak menarik tuh?

Lebih kecil dan senang dibawa. Kalau ada sekali dengan handheld gimbal yg waterproof takde hal nak rakam momen dlm apa jua keadaan.

Oleh kerana hobi aku yg suka shut video dan menyuntingnya kemudian, aku mula mencari komputer yg mantap untuk maksud nih.

Selama ni aku godek pakai henfon aje, kawan-kawan sekalian. Jadi nak merasa godek kat komputer yg spek tinggi.

Komputer yg aku ada skrg, baru nak copy dah setengah jam ambil masa nak convert bagai. Belum lagi rendering. Boleh beruban aku menunggu dibuatnya!!

Utk komputer ni mata aku tertancap pada MAC MINI.

Minggu-minggu aku akan peruntukkan masa untuk bermain deron. Ada jugak terfikir nak upgrade tapi rasanya aku nak dapatkan deron yg lebih kecil untuk mudah dibawa.

DJI Marvic baru aje keluar Oktober lepas. Harga pun boleh tahan. Tapi dari segi shut video dia mcm kureng sikit so aku kena tunggu lah dulu Marvic generasi baru kalau nak jugak.

Tahun-tahun mesti tukar henfon kan? Tapi tengok lah jugak apa yg baru pada S8 yg bakal didedahkan Februari 2017 nanti.

Aku suka S6 Edge tapi ruang storan tak boleh tambah itu yg kena up ke S7 Edge. S7 Edge setakat ni mmg berpuas hati, cuma satu aje kalau rekod video malam, titik cahaya lampu pandai terbias kat lensa dia.

Kalau ada improvement pada kamera S8.. maybe aku angkut satu lah. Itu pun kalau datang sebagai dual camera mcm Huawei P9.

Menarik pulak bila tengok org guna bokeh mode guna Huawei P9. Tak payah dah beli kamera DSLR mahal-mahal untuk efek yg begitu.

Bila ditanya kenapa tak beli je Huawei P9? Jawapan aku senang aje. Gambar efek begitu dah lawa, tapi hasil shut video Huawei P9 tak lawa.

Kan aku dah kata aku suka shut video!

Berbalik kepada rancangan 2017... Aku boleh sum up lah yg tahun depan aku kena up my game utk hobi rakam video dan haplot.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.