Langkau ke kandungan utama

Hiking di Bukit Tirig, Telipok

Hiking di bukit Tirig ni sebenarnya dah rancang lama, lebih kurang selepas selesai kami tawan bukit Nuluh Lapai.

Bukit Tirig dan Bukit Nuluh Lapai ni dekat je. Simpang jalan masing2 boleh ditemui di jalan yg sama korang jumpa Salut Lokan Bakar dan Puding Kelapa.

Yg teruja hiking kali ni sebab aku bawak deron. Ntah apa2nya yg aku bawak dlm bbrp meter lagi nak sampai ke puncak aku pancit.


Rasa macam nak gelap jugak sekejap dunia aku. Nasiblah jugak destinasi yg nak dituju tak jauh lagi. Kalau pengsan di situ maunya kena golek turun ke bawah.

Dah ada di atas badan terusnya aje segar balik bila mengadap deron. Berikut sedikit video yg aku buat sepanjang hiking kami nih.


Hiking kali ni turut disertai oleh Jurianah, ex-classmate sekolah menengah dulu. Memandangkan kami2 ni jenis kepoh, Jurianah serta merta klik dengan kitorang semua menjadikan aktiviti di Bukit Tirig ni lebih enjoyable.

Sesambil hiking, sesambil mengutuk sesama sendiri.


Seronok sangat hiking ni belum sampai puncak, Jurianah sudah mengesahkan utk turut serta menawan Bukit Botak di Sepanggar yg akan kami atur sikit masa lagi.


Selesai berderon aku apa lagi keluarkanlah kamera 360. Bertuah sangat pagi kami gerak tuh, walaupun sesat carik simpang masuk, cuaca cerah dan cantik untuk bergambar.


Mula-mula tuh pose tiang bendera aje, lama-lama ada pulak yg datang idea gila nak buat aksi lompat2 di udara. Walaupun aku ni biasa ambik gambar orang lompat2 tuh, aku sendiri bergambar mcm tuh tak pernah lagik.

Dah peluang tu julung-julung kali ada, kenalah lah sebaik mungkin kan?

Kalau sendiri2 lompat segan jugak. Kalau ramai-ramai ni hilang malu tuh... Yg risaunya tremor pulak datang.

Tetiba pengumuman metrologi berlaku gegaran lemah di kawasan Telipok mcm mana?

Dah puas melompat, masa untuk turun balik dari kayangan sudah tiba. Habis hiking ni ada temujanji pula jumpa geng Senja.com kalau bukan siapa lagi Cik Buha.

Cik Buha datang dengan kawan dia dari Palestin, Dr Tasneem namanya. Sempat lagi bagi mereka ni  rasa lokan bakar dan puding kelapa yg spesel di kawasan Salut nih.

Gerai pilihan kami sudah tentulah Gerai Sudi Mampir!


Ingat-ingat ada 10 tahun jugak tak jumpa Buha nih.

Kebetulan Cik Buha baru ja habis kursus, duduk pula area tempat kami hiking ni (hamboi awat jauh sangat dari KK?) masa yg terluang tu digunalah tuk jumpa kengkawan katanya.

Sesambil menunggu lokan bakar siap, topik menulis tesis jadi isi perbualan. Sesekali tu keluar jugak gosip-gosip liar kih-kih-kih.

Orang kata mmg skrg dah ada wasap segala, tapi sembang face to face ni lagi sonok tak hengat dunia.

Mata pelanggan meja sebelah pun dah bbrp kali mengerling. Tertarik dengan isi perbualan kami atau terganggu dengan suara kami, tak tahu lah.

Di mana ada makanan di situ lah ada lalat.

Dah puas menepis lalat akhirnya kami pun bersurai. Cik Buha balik tak silap petang tuh. Jurianah terus balik rumah sementara kami bertiga pulak mencarik dimsum di Kolombong.

Bukan aku yg nak makan, Suzie dan Johan.

Ulasan

  1. Terima kasih en ali...banjer lokan n jeli kelapa.....sedap jugak nuh......tq jugak ole2 dari Siem Reap....insha Allah lps baca entri hang mcm tertarik ja nk g kutip2 tinggalan sejarah nenek moyang...ko xde plak citer Kampung Chams.....situ sure ramai leh berckp melayu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kampung chams tu kat kampung budaya cik bu... yg di siem reap tak tau mana satu kampung depa... ada satu kawasan tu ada bbrp kedai makan halal... rasanya situ kut perkampungan org champs..

      Padam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.