Langkau ke kandungan utama

Lapan Dari Sepuluh


Awal-awal lagi tercongok kat depan GSC, Suria Sabah. Dekat sejam lebih jugak menunggu. Siap ada orang sempat caj henfon lagi. Lobi GSC pun masa tu lengang jadi tempat tu milik sementara kami. Di kesempatan tu berposing lah kami di hadapan giant poster yg menampilkan watak Tauriel dan Legolas tanpa segan silu.

Babu Kuntum je yg mcm tak teruja nak amek gambar dengan poster tuh. Mana taknya dia datang pun kena heret. Nampak pokok krismas dengan lampu lip lap, itu pulak yg dia nak suh tolong ambilkan gambar.

Tak cool langsung perempuan itu.

Tayangan tengah malam, jadi faham-fahamlah. Walaupun dah teguk moccha sebelum masuk panggung, kesenggutan tetap terjadi. Syukurlah tak terlelap terus! Kalau tak difikirkan ini pertama kali tengok, barangkali aku dah berdengkur satu Hall 5 tuh.

Berbanding Hobbit 1, aku rasa Hobbit 2 ni lebih mudah difahami jalan ceritanya. Ada prolog ringkas menerusi imbasan diawal filem membawa kita semua utk kembali kepada pokok asal cerita: apa yg membawa tiga belas dwarves, satu wizard dan satu hobbit mengharungi perjalanan tersebut. Dari situ, plot filem dikembangkan.

Sekali lagi Peter Jackson membuat kameo dalam babak yg hampir sama seperti yg dia buat dalam Fellowship of the rings. Pada babak mana, hangpa cariklah yea? Saje nak bagi surprise.

Dipendekkan cerita, aku gesa korang tengok "The Hobbit: The Desolation of Smaug". Kompom terhibur. Dan kalau ini filem pertama Hobbit korang, jangan risau! Yg pertama kali tengok pun tak hilang arah (macam Babu Kuntum).

Aku pulak kalau ada rezeki, dan sudah tentunya masa, nak tengok sekali lagi... Mungkin dalam 2D bukan 3D... Yeah!

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.