Langkau ke kandungan utama

The Last One To Know...

"Jangan cerita dengan orang lain yea apa yang aku cerita ni. Kau jak yang aku bagitau"

Membusunglah dada kau bila diberikan kepercayaan memegang rahsia orang. Kau pun gamlah mulut kau tak nak cakap dengan sape2.

Biar pecah diperut jangan pecah dimulut gamaknya.

Sekali besok, kau terdgr perbualan kawan-kawan dan dpt tahu cerita tu dah satu tempat kerja tau. Lebih menyedihkan, bila kau tanya kawan-kawan cerita tu sbnrnya dah sebulan usianya. Tiba-tiba dunia jadi kecil dan kau dgn sedihnya terpaksa menerima hakikat yg kau layak memegang title the last person to know.

Yang paling tragis, bila ko sikit punya tak cakap dengan sape2 entah apa sebab tiba2 kau kena tuduh beberan.

"Jadi siapa lagi yg cakap kalau bkn kau. Kau seja yg tau"

Kau yg innesen lagi suci ni pun seakan terpasung akal dan lidah tidak mampu mempertahankan diri.

Agaknya kalau time tu kau disula dan buat sumpahan, boleh jadi emas Gunung Kinabalu tu.

Falasafah aku senang. Kalau tak nak orang tau kau pakai spenda Calvin Klein jgn jemur diampaian. Kalau tak nak orang sibuk pasal hidup kau, jangan menyorok nyorok macam pencuri.

Terus terang. Cermin diri. Sesekali cuba tanya diri: "Aku ni mcm mn orgnya. Suka gi mesjid ke suka menyundal?"

Gambar hiasan: Persiapan mendaki gunong, katanya.

Ulasan

  1. Kes klasik ni..selalu juga terkena.
    Mati2 katup mulut simpan rahsia, padahal benda dah basi pun. And kena tuduh gatal mulut pulak bila cerita tersebar. Sedeh!
    Aku setuju dengan statement ko!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.