Langkau ke kandungan utama

Mandi-manda di pantai yg indah

Sesudah puas di tanjung, kami bergerak menuju ke kawasan yg telah kami pilih sblm sampai ke tanjung. Mujurlah semasa kami datang balik tu semua pengunjung dah blah. Jadi kiranya kami jelah yg conquer tempat tuh.


Adik ipar, Sarah gila pasal pantai2 ni. Bila nampak aje pantai yg memutih dgn hempasan ombak ke pantai terus dia hilang akal. Demi utk tidak mengecewakan kanak2 Ribena tu kami setuju utk singgah mandi manda.


Temanya lah kan. Pure Shore. All Saints. Fefeling tepi pantai sambil berangan profesional photographer snap2 view yg indah.


Aku fikir seorang je kanak-kanak Ribena. Rupa2nya ramai lagik!  Lantaklah ada baju basahan ke tidak. Kita terjun! Kita belah lautan!


Ombak kuat sangat, seorang ni dah tewas terdampar di pantai. Hurmmmm kanak2 Ribena lah sangat.


Tandas kat seberang tuh. Masuk RM0.30, utk berak, kencing atau tukar baju. Tapi kalau mandi sekadar bilas badan tuk buang air laut yg melekat di badan sediakan RM3.00.


Aku sendiri tak turun mandi laut tu. Sekadar ronda-ronda cari subjek utk digambar. Bila bukak baju tengok kat cermin seriau aku kejap. Sekejap aje aku diselar mentari. Balik nanti berbelanglah aku!

Ulasan

  1. Haha! Mcm zebra sudah.. Ada pakai shades tak? Kalau pakai shades lagi dahsyat kot area mata tuu.. Heheee.

    BalasPadam
  2. Ps: that 'tanpa nama' above is actually me. Entah bila terclick guna 'tanpa nama'. Hahaha..

    BalasPadam
  3. hurrmmmm zebras merah the first few days then zebras hitam few weeks. no shades no uv ptotector. tak seke melekit. terima akibatnya.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.