Langkau ke kandungan utama

Pesan Malim Gunong



Sebelum memulakan pendakian kami 24 org semuanya diminta utk membaca peringatan ini oleh Ketua Malim Gunong kami. Malim Gunong balik2 menekankan supaya baca yg no. 10. Tapi tak baca jugak kan? Alasannya, duk belakang tak nampak.

Dalam fikiran fikir, tak baca tak apa. Snap kejap lagi nanti baca.

Haram tak baca!

Agaknya kalau aku baca jugak aku berani tak daki dan sampai Laban Rata?

Serik tak?

Mula2 rasa mcm serik jugak...

Bila difikirkan mcm nak mampus terbaring kat Gunting Lagadan tu kan. Macam okay I'm done. Sekali seumur hidup lah ni. Tapi bila tengok dari gambar, dari kejauhan rasa macam rindu sangattt... Rasa macam nak daki lagi.

Tak kisahlah kalau next time terpaksa bawak tong oksigen. Aku sanggup pergi.

Tak kisahlah kalau jodoh kita sampai Gunting Lagadan. Aku daki juga.

Tak kisahlah kalau akan datang dari Mesilau. Asalkan aku sekali lagi ke sana.

Aku janji.

Dengan syarat dgn Malim Gunong tu jugak... Sempoi habis. Baik satu. Penyabar pun satu.

Ulasan

  1. tak daaaapat lah sy nak daki kalau mcm tu syaratnya. saya mampu sampai Mesilau saja lah, itu pun dengan menaiki kereta heheh :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.