Langkau ke kandungan utama

Bikin Kek Keju Biskut

Ini semua pasal babu Ros. Dia yg beriya-iya suruh cuba. Sejak jadi emak-emak ni ada saja resepi yg dia nak cuba. Mungkin jugak sebab bukan dari inisiatif dari diri sendiri makanya projek ni balik2 tertangguh.


Bahan-bahan asas mudah didapati jadi takde alasanlah kata tak boleh buat. Ciplak ayat babu Ros. Utk percubaan kali pertama ni aku cuba stick to the original recipes. Lain masa boleh godek2 ikut citarasa sendiri atau kalau2 ada yg rasa mcm boleh diperbaiki kita ubah bahan.


Sebuku keju siap dipukul sebati dengan setengah tin susu sejat. Ini yg akan jadi asas setiap lapisan kek nanti.


Biskut yg dilembutkan kemudiannya disusun sebegini rupa. Tak cantik susunan pun tak pe kot. Asal penuh ruang tuh.


Lapisan pertama dah pun siap. Sapu atas susunan biskut tu dgn campuran keju dan susu kemudian tabur dgn Nestum. Ulang sampai habis biskut. Aku dpt empat lapis. Cukup2 sebungkus biskut utk seloyang segi nih. Nasib lah... Kalau tak? Ada jugak belusir ke kadai kalink.


Siap pun seloyang. Dah boleh ditinggalkan dalam peti ais utk dibekukan.


Lebih kurang lapan jam kemudian, inilah hasilnya. Abaikan potongan yg tak sekata tuh. Yg penting rasanya... Hurmmmmm... Yummy! Utk resepi penuh sila layari halaman sesawang ini.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.