Langkau ke kandungan utama

Jom Tengok Orang Bertanduk


Tercapai jugok hasrot layan Maleficent kat panggung. Ditemani Mbak Linda dgn tema berdua lebih baik gitu. Padahal escape kerja kannnn?

Sayang Suria Sabah tak tayang yg 3D punyer. Kalau ada tadi kompom dilayan. Yg herannya 1Borneo nun jauh di mata plak yg ada... Hurmmmm... Nasiblahhhh...

Keseluruhannya aku boleh katakan Maleficent ni menghiburkan... Walaupun mcm kelam je spjg filem, namun bila dibumbui dgn komedi jalan cerita jadi mudah dicerna, penonton jadi seronok. Tak sekalipun aku rasa mengantuk.

Cuma mungkin kesudahan cerita seakan boleh diagak dari awal. A kiss from a true love. Steal all the suspen... Dah tak baper original dahhhh part tuuu... Although aku admit part sblm kiss tu mmg touching... Terbaek dari Kak Joli!


Sebagai rekod hari ini jugak adalah kali pertama aku menggunakan khidmat City Bus utk ke lokasi2 sekitar Kota Kinabalu. Kalau tak rush bolehlah naik bas ni. Tapi kalau nk cepat toksah... Baik menapak lagi bagus. Perkhidmatan dah le lembab, tambang pulak RM 1.00. Bukan jauh mana pun.... Hurmmmmm....

Ulasan

  1. Ala...tanduk putih pula! Tapi xpe sebab putih kan suci..hew hew hew!

    Memang dah tau kena ada kiss from true love, elaborated version dari cerita Sleeping Beauty. But in this version bukan prince charming yang break the spell...disitulah twistnya. Anyways tabik spring Kak Juli...sangat berkaliber dan sesuai dengan watak Maleficent! Tak gitu?

    BalasPadam
  2. SETUJU sangat! Part christening dan true love kiss tu yg terbaik!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.