Langkau ke kandungan utama

Lexie Grey

Kaji punya kaji, akhirnya aku ambil keputusan utk membeli...


Asalnya nak angkut Sony Xperia Z2, tapi lepas tgk perbandingan sampel gambar aku mengubah fikiran.


Tadaaaa.... Memperkenalkan, Lexie Grey.

Ikutkan tahun lepas lagi aku spttnya upgrade ke S4. Tapi apakan daya time tuh bajet lari banyak ke nafsu beli itu dan ini. Walaupun terpaksa pejam mata beli tadi, kalau tak nekad rasanya sampai ujung tahun le kerja aku layan review smartphone kat youtube.

Mana lagi bagus?

Oleh kerana keutamaan aku, pada kualiti gambar yg dihasilkan. Itulah yg aku teliti dulu.


Ini yg diambil menggunakan Nokia Lumia 1020, yg telah di kecilkan pada kualiti 5MP. Apa kata kita gunakan ini sebagai perbandingan.


Sementara gambar ini pula apa yg ditangkap oleh Samsung Galaxy S5 pada kualiti yg paling besar 16MP.

Come any closer ke dgn Nokia Lumia 1020? Jauh panggang dari api rasanya.

Aku pun tak faham sangat knp dlm pencahayaan yg begini, ayam panggang pada S5 nampak macam too saturated? Nampak macam tak realistik plak kaler dia. Nokia Lumia 1020 punya plak nampak natural dan kelihatan lebih menyelerakan.

Itu preference aku lah. Tak tau lah kalau yg lain mcm mana.

Apa pun byk lg yg aku perlu godek ni.

Selfie? Byk masa utk itu... Hihihi...

Ulasan

  1. Aku dah agak, memang akan kau beli juga dalam masa terdekat.

    Hi Lexi, jangan sombong2 dengan Khalesi ye..Hew3x!

    BalasPadam
  2. Ble je pinjam batang monopod tu... huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari ini dalam Kenangan

Awal tahun baru tu aku korek album lama. Nak carik gambar yg aku pernah ambil di satu lokasi di UUM. Nama tak ingat, tapi itu adalah kali pertama dan terakhir pergi tempat tu. Macam biasa sesambil geledah, sesambil itu jugalah kau terjumpa yg lain. Majlis sanding Zaidil dan Akmam ni, aku pun tak ingat tahun bila. Mudanya la masa ni... Muka pun masih cekang ha... Sekarang toksah lah cakap yer. Tak sangka plak aku ada bergambar sebelah dengan waibi Ulu Tiram. Boleh le nanti mengaku pernah sekelas dengan dia masa degree dulu... Orang cayer ker? Gambar yg dicari sebenarnya ini. Tak sangka pulak tahun pertama duduk UUM inilah kali pertama dan terakhir ke situ. Ikutkan tempat ni, tak jauh pun dari Fakulti aku masa tahun-tahun akhir mengaji di UUM. Ni gambar bonus jelah. Lokasi tempat aku bergambar di taman tu dekat je dengan Dewan MAS. Mungkin lepas bergambar di sini... turun terus ke taman tu... Aku pun tak ingat nama taman apa... Tapi bukan Taman Botani. OK itu sajalah perkongsian hari ni....

Nyawa

  Pindah nyawa dulu. Siap-siap beli, takut kaput mcm hari tu. Gagau kita nak beli. Mana nak cekau duit masa tu. Nak tak nak terpaksa jugak buat pengeluaran. Dah macam nyawa. Kalau takde tak jalan rutin harian. Bercakap pasal nyawa ni. Ada satu kawan kerja bahagian akaun dulu sedang bertarung nyawa. Dulu pernah kena barah payudara. Sudah bebas dari barah payudara, dapat pulak barah tulang. Besar betul dugaannya. Sekarang tenat dan terlantar di QEH2. Menanti sisa-sisa hayat sahaja. Yg terdaya aku lakukan hanyalah menyampaikan pesanan kepada mana2 yg mengenali utk memaafkan kawan tu kalau ada tersilap kata. Semoga dipermudahkan dia menghadapi sakaratul maut. Kebetulan, tahun sudah pun kehilangan juga seorang lagi kawan kerja dari bahagian akaun.  Sempat ucap tahun baru tapi hairan dah tak membalas seperti biasa. Rupanya orangnya dah tiada. Sama jugak, tewas akibat barah.

Jalur Cahaya

Heboh pasal fenomena jalur cahaya, akibat aktiviti manusia ni. Tak ble blah lah komen ni... Ada lagi ke alim ulama' bertaraf mulia skrg di khalayak umat yg kecanduan ceramah agama? Geli hati baca. Hakikatnya? Kalau takde jalur cahaya tu, ruang udara kat area Kimanis tu (visible from Melinsung) mmg sentiasa kemerah-merahan. Bukan aktiviti roh naik ke atas mahupun UFO mendarat. Sekadar kesan pembakaran terowong minyak sajork. Janganlah buat andaian yg bukan2. Kita sebenarnya takut pada apa yg kita tidak tahu. Bukan pada gelap yg menyelebungi pandangan mata.